CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5194|Reply: 12

Ikan Bawal Goreng Yang Garing Di Juru

[Copy link]
Post time 16-12-2015 03:56 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Warung Kelapa Sawit yang bertempat di Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang, betul-betul di tepi Jalan Perusahaan, kalau mai Penang, hang tak singgah, memang tak sah kata hang mai Pulau Mutiara.





sumber fotoz; http://2.bp.blogspot.com/

Cuba bayangkan keseronokan menjamu selera di bawah pokok kelapa sawit, inilah tarikan utama warung tersebut.






Sesiapa yang datang ke Warung Kelapa Sawit, selain khemah yang sedia ada, kebanyakan orang lebih gemar duduk di bawah pokok kelapa sawit, cuma kalau cahaya matahari terlalu terik, maka pelanggan akan beransur-ansur masuk ke dalam khemah untuk menjamu selera.





sumber foto: https://farm6.staticflickr.com/


Walaupun, bernama Warung Kelapa Sawit, tetapi kebanyakan orang menamakan tempat ini sebagai Juru Ikan Bawal, ini kerana tempat ini memang terkenal dengan goreng ikan bawal nya.





Setiap hari apabila tiba saja waktu makan tengahari, orang ramai akan dengan penuh disiplin beratur di depan warung sambil menunggu kakitangan warung tersebut mengeluarkan ikan-ikan bawal yang telah siap panas digoreng dan letak di pingan masing-masing.





sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/

Ketika menunggu, jangan lupa ambil rencah sos kicap istimewa hasil buatan sendiri. Ikan bawal goreng yang wangi dan garing tersebut perlu dimakan sekali dengan rencah sos kicap yang istimewa tersebut, barulah kelazatannya terserlah dengan sempurna, jangan lupa mencuba tau!




Sebenarnya ramai juga yang pelik kenapa ikan bawal goreng nya begitu istimewa sehinggakan rata-rata pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu.






Punca utama saya begitu suka ikan bawal goreng di sini adalah kerana sebaik sahaja ikan bawal itu siap digoreng dengan garing, memang wangi dan garing rasanya, lebih-lebih lagi kegaringan ikan itu membolehkan kita makan sekali tulang nya.




Bagi mereka yang bercadang untuk pergi Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke warung Kelapa Sawit tersebut, kerangupan ikan bawal gorennya pasti membuatkan anda ketagih bila-bila masa.- CARI Infonet





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 05:52 PM | Show all posts
nampak mcm best............
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 06:10 PM | Show all posts
sebenarnya saya pernah pergi makan kat sana, suasana memang best, ikan bawal gorengnya kena makan di tempat itu, goreng panas-panas letak atas pinggan, sekali dengan rencah sos kicap nya.... fuhh,... memang mantap! Aduh, tak tahan, tak sabar cuti Krismas ni pergi Penang, makan sepuas-puasnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 06:27 PM | Show all posts
linaekor: nampak mcm best............


bangladesh sana ikan jaws makan juga...banyak sidap adik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 07:46 PM | Show all posts
kedai bawai tok kangaq
makan tgh ari bawah pokok kelapa sawit
tak terasa bahang panaih pun
mmg kena makan kat situ
kalu bawak balek ikan bau hanyir sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
cendolsantan replied at 16-12-2015 06:10 PM
sebenarnya saya pernah pergi makan kat sana, suasana memang best, ikan bawal gorengnya kena makan di ...

sos kicap tu dah rupa mcm sambal kicap johor jer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2015 08:19 AM | Show all posts
penah makan. tapi org len bayo
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 08:23 AM | Show all posts
sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 08:35 AM | Show all posts
pernah makan kt juru jugak.. tp bukan kt sini... ada satu lg area belakang kilang... sedap jugak.. cuma tempat mknnya kureng sikit laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh lapar! Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 08:37 PM | Show all posts
Sini best..mkn bwah kebun sawit..cina hindu suma pun suka...kalau p lunch memg packed..aku salu p pagi2 kalau nk mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:58 AM | Show all posts
dulu masa study kat penang sekadar makan bawal kat area perda tu je. sedap juga. tapi macam nak try yang ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:52 PM | Show all posts
sedap klu makan panas2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.361415 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list