CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2481|Reply: 0

Apa Fungsi Warna-Warna Sayuran!

[Copy link]
Post time 28-12-2015 04:18 PM | Show all posts |Read mode






Oleh : TS LOO





sumber foto: http://img.bisnis.com/





Anak kecil memang cerewet bab makan sayur. Walau bagaimanapun anda tetap akan sajikan sayur dan buah-buahan dalam menu hidangan anak-anak.


Hmm...sayur apa nak pilih ya? Ada macam-macam warna dan bentuk. Pentingkah warna sayuran dan buah-buahan kepada anak?

Tahukah anda sayur dan buah yang mempunyai warna berbeza itu menunjukkan khasiat yang berbeza.





Hijau
Mengandungi kandungan antioksidan iaitu lutein yang tinggi dan dapat membantu memberikan penglihatan yang baik. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.






Merah
Sayur dan buah berwarna merah merupakan pilihan yang baik kerana kandungan antioksidan iaitu lycopene dan anthocyanin yang merupakan anti radang baik untuk jantung. Ia juga menguatkan daya ingatan dan mengurankan risiko penyakit kanser.






Kuning dan Oren
Sayur dan buah berona kuning kaya dengan vitamin C serta antioksidan seperti karotenoid dan bioflavonoid. Ia baik untuk mata dan jantung serta mengurangkan risiko sakit sendi dan kanser. Vitamin C dan bioflavonoid bergabung menguatkan sistem kekebalan badan.








Ungu
Warna ini bukan sahaja menarik tetapi banyak kelebihannya. Semakin tua warnanya maka semakin tinggi kandungan nutriennya. Kaya dengan flavonoid, ia boleh menguatkan memori dan merendahkan risiko penyakit jantung.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.100257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list