Oleh: Fyruz Hanna
Ramai suri rumah mahupun mereka yang bekerja akan membuat stok bahan masakan untuk digunakan dalam seminggu. Sebagai contoh, cili kisar, bawang, sayur-sayuran, biasanya kita akan siap-siap potong dan simpan untuk memudahkan penggunaannya nanti.
Ramai yang mengisar bawang dengan menambah air dalam bawang untuk melancarkan pengisaran. Tapi, air akan mengurangkan rasa bawang dan menyebabkan sukatan bawang dalam masakan juga berbeza. Jom ikut petua berikut:
-Kisar bawang dengan minyak masak, simpan dalam bekas ditutup.
Dengan mengisar bawang bersama minyak masak. Anda bukan sahaja dapat aroma bawang asli malah, campuran minyak dan bawang akan membangkitkan lagi selera semasa memasak. -CARI Infonet. |