|
Oleh Izzah Abbasy
Wanita memang sejak azalinya kreatif jika menghasilkan aksesori, pakaian dan perkakas yang berkaitan dengan mereka.
Sebab itulah, barangan yang terjual dan paling laris adalah barangan wanita. Semunya cantik dipandang, sehinggakan nafsu mata dan membeli menjadi perkara utama.
Tertarik penulis melihat koleksi Miniature Food Jewellery Made Oleh Greek Designer Ilianne ini. Makanan seperti biskut, kek, cawan kopi dan lain-lain dijadikan sebagai inspirasi pada gelang tangan, rantai serta cincin ini sangat comel dan cantik. Ia sesuai dipakai tak kira masa dan acara kerana ia tampak santai digayakan.
Selain itu, aksesori ini sangat sesuai buat sista yang sedang lapar atau tengah berdiet. Sambil tahan-tahan lapar, bolehlah gigit aiskrim, pizza, kek, oreo dan sebagainya itu pada rantai atau cincin tersebut.
Jika anda seorang yang kreatif, bolehlah cuba pelbagaikan koleksi aksesori 'homemade' dengan inspirasi makanan ini. - CARI Infonet
|
|