CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 0

Sis Susah Tidur, Kenapa Laki Mudah Tidur

[Copy link]
Post time 5-1-2016 07:04 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Pernah tanya pasangan anda tak, siapa yang lebih lena ketika tidur? Ketahui faktanya, wanita cenderung lebih sukar lena berbanding lelaki.


Ini kerana bahagian otak wanita ada bahagian yang terprogram yang menjadikan seorang wanita itu lebih sukar mendapatkan tidur yang lena.


Oleh sebab itulah, wanita lebih mudah terbangun dalam bentuk waspada kerana reaksi bayi mudah menangis malam.


Keadaan ini diburukkan dengan kecenderungan wanita memerlukan masa tambahan dibandingkan lelaki, sekurang-kurangnya 20 minit masa tambaha. Ini yang dikongsi oleh Profesor Jim Horner dari Pusat Penelitian Tidur Universiti Loughborough.


Atasi kesukaran tidur dengan buang segala sekatan dalam diri seperti diet untuk kurus, sering memikirkan benda yang remeh dan segala jenis masalah yang tidak perlu.


Tips: Tidur lebih awal berbanding pasangan anda boleh membantu anda dapatkan kesegaran keesokkan hari. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.160100 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list