CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4234|Reply: 3

Sambal Ikan Bilis Pembangkit Selera

[Copy link]
Post time 8-1-2016 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Foto : muaturunsini.blogspot.com






Penulis ingin kongsikan cara-cara  menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang dipetik dari Azie Kitchen. Sambal tumis ikan bilis amat sesuai dijadikan sebagai penambah selera lebih-lebih lagi ketika tiada selera makan.


Selain itu, nak lebih sedap boleh tambah petai. Jom kita cuba resepi dibawah.





Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka - opsyenal


Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar - opsyenal
1 biji buah keras – opsyenal


Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan.


Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.


Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.


Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.  Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Nota:
Resepi ini tidak diletakkan bawang putih. Sambal dikatakan lebih sedap jika tidak mengunakan bawang putih.


Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.


Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.


Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 02:34 AM | Show all posts
terima kasih, nak cuba tak guna bawang puteh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:21 PM | Show all posts
tanpa bawang putih ye..... menarik ni... nak cubalah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:26 AM | Show all posts
tak penah lagi letak buah keras...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list