|
Oleh : Dean BZ
Somtam merupakan makanan popular dari Thailand dan senang didapati di restoran Thai berdekatan anda. Kebiasaannya Somtam diperbuat dari betik namun kali ini penulis ingin kongsikan resepi Somtam lain dari yang lain, iaitu Somtam Manga.
Mungkin rasa Somtam ini sedikit masam dan pedas. Resepi menarik ini dipetik dari Atie Jumaat.
Bahan-bahan:
Mangga muda 2 biji
Kacang panjang
Tomato 1 biji
Udang kering geragau
Kacang tanah tumbuk
Cili padi 3 tangkai
Bahan Perasa:
Sos ikan
Gula merah halus
Jus limau nipis
Caranya:
1) Sagat mangga, patah2kan kacang
panjang, tumbuk2 kasar cili api,
hiris tomato.,
2) Satukan bahan perasa pastu campur
semua bahan2..tumbuk2 manja gitu..
gaul2 pastu taburkan kacang tanah
udang geragau.. siap..
Hidangkan nasi panas bersama lauk, kemudian makanlah bersama Somtam Manga. Pasti berselera. - CARI Infonet. |
|