|
Oleh Adib Za
Lelaki yang nak tampil lebih bergaya dan paling penting maskulin, adakah sanggup memakai baju bermotifkan flora?
Mungkin sesetengah orang menganggap ia merupakan fesyen yang sinonim dengan wanita. Namun, sebenarnya, lelaki pun boleh bergaya dengan corak flora!
Tak jatuh pun air muka dan kejantanan anda dengan baju corak bunga-bunga ini! Malah, ia telah menjadi trend di luar negara, lelaki di sana tak malu memakai baju berbunga.
Berikut merupakan tips untuk fesyen motif flora untuk lelaki:
1. Motif yang anda boleh pilih termasuklah ros, orkid, tulip dan sebagainya. Memang meriah!
2. Menariknya, ia boleh diaplikasikan pada t-shirt, kemeja, seluar, kot, blazer, topi dan sebagainya.
3. Motif flora ini boleh membawakan beberapa mood berbeza seperti santai Hawaii, kasual, romantik dan sebagainya.
4. Anda boleh memadankan seluar bermotifkan flora dengan kemeja polos.
5. Jika anda mengenakan blazer bermotifkan flora, padankan dengan kemeja putih.
6. Jika anda mengenakan kemeja ala-ala Hawaii, boleh dipadankan dengan seluar jeans. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|