View: 3561|Reply: 2
|
Peria Goreng Telur Asin Berlado
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Buah Peria semestinya pahit dan jarang digemari ramai. Tetapi ada cara untuk menghilangkan rasa pahit iaitu dengan merendam buah peria tersebut didalam air garam sebelum dimasak. Seeloknya jangan rendam didalam air garam kerana kata orang, kalau tak pahit bukan ubat namanya.
Sedikit info, Buah Peria mengandungi bermacam khasiat terutamanya untuk mengubati penyakit kencing manis, cegah penyakit jantung, hilangkan jerawat dan sebagainya.
Selain masak lemak putih atau sup, peria amat sedap jika digoreng bersama telur pecah.
Mari cuba resepi yang dipetik dari masam6.rssing.com :
4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan kisar
1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata
Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan artikel ini. - CARI Infonet.
Sumber foto dan resepi oleh : masam6.rssing.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|