|
Oleh : Dean BZ
Ketika zaman kanak-kanak, pasti kenangan yang anda tidak dapat lupakan adalah saat memakan roti milo tabur.
Kali ini, apa kata anda cuba resepi pancake milo ini pula. Selain boleh dijadikan sebagai hidangan untuk sarapan pagi, pancake milo juga sesuai dijadikan dessert selepas makan. Anak-anak juga pasti gemar memakan pancake ini kerana selain dijadikan minuman, milo juga sangat enak apabila dijadikan kuih muih.
Jom cuba resepi ini, dipetik dari Resepi Sheila Rusly.
Bahan-bahan :
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar butter dicairkan
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Cara-cara :
1. Pecahkan telur & kacau.
2. Masukan susu, soda bicarbonate, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Saya blend je semua guna blender. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati.
3. Sapukan sedikit butter pada non-stick pan. Gunakan non-stick yg saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dlm pan, make sure gunakan api yg perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang2 udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jgn biar lama sgt ye takut overcook bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Nota :
* sekiranya adunan agak cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas skit, tuang atas pancake. Saya tambah heavycream utk lebih pekat & lemak.
|
|