Model bumi rata (Flat Earth ) adalah satu konsep kuno bagi menggambarkan bentuk bumi adalah suatu satah rata atau berbentuk cakera. Konsep bumi rata telah lama dikemukakan sejak oleh ahli kosmologi dari zaman Greek sehinggalah abad ke 17. Selepas itu, seluruh dunia menolak konsep bumi rata dan menerima secara mutlak bahawasanya bumi itu berbentuk seakan-akan sfera ataupun bulat.
Walaubagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa pengkaji amatur dan juga profesional menangkis konsep bumi itu berbentuk bulat. Mereka mendakwa, bumi itu adalah satu satah rata, berbentuk seakan-akan cakera, dimana benua ais kutub selatan mengelilingi bumi. Kutub Utara berada ditengah-tengah bumi dan benua-benua lain berserakkan daripada Kutub Utara. Flat Earth Society telah mengemukakan banyak bukti yang menyokong dakwaan mereka bahawa bumi ini bukannya bulat/sfera, sehinggakan bukti-bukti itu agak sukar disangkal. Mereka juga mendakwa bumi sfera adalah salah satu agenda tersembunyi NASA dan puak-puak Iluminati untuk menipu masyarakat dunia bukan elit.
Peta bumi rata secara terperinci telah dilakarkan oleh Alexander Gleason pada tahun 1892. Peta yang sama telah digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (UN) pada logo bendera PBB.
Dibawah ini, video-video yang menerangkan bahawasanya bumi itu adalah datar.
Agak sukar untuk mempercayainya.. but, the truth is stranger than a fiction...
berani2 je nak kutuk illuminati ngan NASA. dia sape nak cakap camtu kat illuminati, ape sumbangan dia kat dunia ni. setakat cakap2 tapi bukti takda suma boleh buat camtu. kalau dunia ni takde illuminati sejak zaman dulu lg, sains takkan berkembang, teknologi akan terus di takuk lama, ummat manusia akan punah, dunia takkan beseri sebab takde hiburan, kalo ade pun hiburan2 bodoh dari orang2 bodoh, bencana alam nak berlaku pun kita tak tahu, last2 semua mampos...
bumi mendatar ni teori orang2 terencat akal je. nak kata illuminati tu penipu seolah2 mcm lah illuminati ngan NASA tu jahat, kalau nak keluarkan kenyataan keluarkan je. respect mesti kene ade. ok bye
masih tak dapat terima teori bumi rata mcm pizza ni. dibuatnya ais kat tepi mencair, habislah tumpah segala air yg ada kt bumi ni. Di bawah bumi ni ada apa? Doh pizza?
Tak lama lagi adalah "ostad" yang cakap............."dalam Al Qur'an dah lama sebut benda ni".........tapi diri sendiri tak pernah buat research. Harap analisa orang lain je. Hampeh.