View: 5497|Reply: 23
|
Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku
[Copy link]
|
|
Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku
Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.
Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun.
Semuanya terbukti selepas ujian DNA dilakukan yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.
Memetik laporan Sinar Harian, wartawan SARINAH MAT KASIM telah menemu bual Amirul di Seremban
Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.
Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.
Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.
“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.
“Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.
Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak.
Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.
Cerai kali kedua
Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika.
Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.
“Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol," katanya.
Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.
Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.
Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.
“Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” katanya.
Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. - Sinar Harian.
- Siakapkeli.my
http://www.siakapkeli.my/2016/02 ... ukan-darah.html?m=1
|
|
|
|
|
|
|
|
kat CI pun dh ada thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
gila betul bini tu...
astagfirullah!! |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan mencurang,
orang kata laki bagi 'makan' xcukup..
so dia cari jantan lain..
...ada org kata kat ckg sklh saya mcm tu,
dia kata laki dia tua. |
|
|
|
|
|
|
|
x juga sy penah tgk pngalaman org...ada je somi beri x ckup mkn ok je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dildo ada, sumbat dildo n tempe
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini curang ni sb lakinya pnh curang dulu.. bls dendam gittuww... |
|
|
|
|
|
|
|
ish...birahnya ex bini dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. kesian si suami tu.. kenapa mesti curang sdgkan masih ada pilihan yg lebih baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Why don't you share pengalaman hang sendirik, apa yang hang maksudkan pilihan Yang lebih baik Dari bercurangan itu????
P.S.....period berkabung hang dah tamat????
|
|
|
|
|
|
|
|
Hang apa kurangnya????
|
|
|
|
|
|
|
|
budak hingus mana ni? bbnu ka...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain punya birah, hang nampak...hang punya birah????
jangan nak feeling feeling over boleh Tak????
|
|
|
|
|
|
|
|
suka hati aku la..ko ni dah la baru register..x sampai pun sebulan...budak newbie ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ni manak.. mksdnya tu lebih baik dia bercerai, mntk cerai dgn suaminya tu drpd dia curang..
takdak istilah berkabung pon manak.. nak berkabung pasaipa plk..
bz lately tu yg lama x jenguk.. nak pi baca kisah misteri laa.. lama dh tggl..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!
Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni, bukan lelaki je yang curang. Wanita pun curang jugak. Yang menariknya wanita curang lagi bijak cover line dari lelaki. Lelaki selalu kantoi dengan mudah. Wanita sangat berhati2 sampai org pun tak tahu. Lazimnya mereka kantoi adalah sebab kekasih lelakinya yang kena kantoi dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|