CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4795|Reply: 2

Seisi Keluarga Makan Bersama Banyak Kelebihan

[Copy link]
Post time 29-2-2016 05:18 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Kesibukan kerjaya membatasi aktiviti makan bersama keluarga. Tradisi sebegini ada sesuatu yang istimewa andai diteruskan secara konsisten.


Ketahui rahsia di sebalik aktiviti yang kini semakin sukar untuk dilakukan. Ada beberapa kebaikan menikmati makan malam bersama keluarga.





sumber foto : http://www.jimharlowlpc.com/

Mengeratkan lagi hubungan
Ketika makan malam bersama, hubungan kekeluargaan bertambah erat. Sentuhan emosi dapat disalurkan kepada anak-anak mahupun isteri semasa berada berdekatan di samping insan tersayang.




Berkomunikasi dan meluangkan masa bersama
Di meja makan tidak boleh ada perbalahan, pergaduhan atau berada di dalam keadaan marah atau sedang memarahi seseorang. Ini akan menunjuk dan mengajar pada anak-anak bahawa tabiat dan tingkah laku seperti ini dibenarkan berlaku semasa makan. Maka, berkomunikasi dan luangkanlah masa dengan baik semasa berhimpun bersama mereka.





sumber foto: http://www.chengwoh.com/

Cuma aktiviti makan dan berbual
Pastikan semasa di meja makan hanya berlaku aktiviti makan dan berbual sahaja. Dalam peradaban makan bersama keluarga, masa bersama itu penting dan tidak boleh tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan disebabkan sesuatu perkara yang lebih penting seperti ingin menonton televisyen. Disiplin, fokus dan konsentrasi perlu diberikan ketika berada di meja makan. Tidak dibenarkan membawa gajet, alat permainan, telefon atau apa sahaja jenis bahan bacaan.






Mendisiplinkan masa
Semasa di meja makan inilah disiplin masa boleh diterapkan. Ketika ini anda dapat menikmati makanan bersama anak-anak dan bukannya anak-anak makan sendirian di luar rumah. Anda sebenarnya boleh mendapatkan persetujuan bersama untuk mendapatkan tempoh makan malam yang paling ideal.


Waktu makan bersama yang ideal adalah waktu makan yang dipersetujui oleh semua ahli keluarga. Ianya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Waktu makan adalah antara 7.45 hingga selewat-lewatnya jam 9 malam. Walaupun sesibuk mana, pasangan harus mendisiplinkan diri mengikut jadual waktu makan yang ditetapkan bersama-sama anak-anak dan ketua keluarga.





sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/

Menyemai kasih
Makan malam bersama ini juga boleh menyemai kasih sayang bersama ahli keluarga. Ketika inilah anda boleh mengawal perangai dan kelakuan anak-anak dengan berkongsi pengalaman. Ibu bapa perlu memahami apa yang telah berlaku kepada anak-anak dan prihatin dengan apa yang berlaku.


Inilah juga waktu terbaik untuk mendapatkan ‘status update’ daripada setiap ahli keluarga di samping memberi kata-kata sokongan dan motivasi dan bukan kata-kata yang membuatkan kemarahan.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 12:18 PM | Show all posts
tu la waktu yg paling i appreciate skali time 1 keluarga leh makan sama2. mesti akan terfikir kte takkan ada moment nie selama2nya.. akan sampai waktu kerusi2 tu dah tak terisi lagi.. aahhh sedihh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 11:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038895 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list