Menjadi trending sekarang membuat Kek Brownies yang lembut dan sedap.
Sebenarnya, Brownies perlu dibuat mengikut teknik yang betul supaya menghasilkan kek yang mampat dan rasanya yang kaya dengan coklat.
Resepi Brownies yang bagus ialah resepi yang kuantiti coklatnya lebih banyak daripada kuantiti tepung.
Jom, cuba resepi yang disediakan oleh Tengku Zaharah daripada laman Facebook miliknya ini.
Bahan-bahan
1) Bahan A
85 gm butter
170 gm coklat masakan
2) Bahan B 2 biji telur (kacau sedikit)
140 gm gula kastor
1 sd kecil esen vanila
1/4 garam
3) Bahan C 100 gm tepung gandum
1/4 baking powder
1/4 cawan serbuk koko (semua diayak sekali)
45gm Coklat chip
Cara persediaan
1) Cairkan butter dan coklat masakan. Gunakan teknik double boil
2) Dalam bekas lain masukkan Bahan B kacau guna whisk hingga sebati
3) Masukkan bahan yang dicairkan tadi dalam sebatian Bahan B
4) Akhir sekali masukkan Bahan C bersama coklat chip tadi, masukkan dalam loyang yang telah di gris dengan butter. Bakar dalam suhu 100 darjah celcius lebih kurang 30 minit
5) Sebelum bakar, tabur sedikit coklat chip dan badam
xtau laa jadi x
rasa2 sebelum ni makan brownies cam keras sikit n agak dry
tp yg ni lembut chewy moist tp padat...
sedap memang sedap....x sama rasa kek coklat biasa