View: 1798|Reply: 2
|
Peringatan keras untuk suami/isteri yang suka menyebarkan aib pasangannya
[Copy link]
|
|
Salman Ali
Peringatan keras untuk suami/isteri yang suka menyebarkan aib pasangannya.
Yang paling mengetahui tindak tanduk seorang adalah pasangannya. al-Quran umpamakan suami dan isteri sebagai (libas): pakaian yang menutupi.
Itu beerti antara pengkhiatan yang paling besar adalah pengkhianatan suami dan isteri terhadap pasangannya. kata pepatah Arab " سمن كلبك يأكلك" Kamu suap anjing kamu sampai gemuk akhirnya dia makan kamu.
Betapa ruginya orang yang memberikan nafqah kepada isterinya lalu dibalas dengan cerita buruk yang sentiasa dijaja tentang suaminya.
Kalau anda rasa suami anda amat buruk dan keji, pergi ke mahkamah dan minta khulu'. Apalah faedahnya bersiang2 dengan melondehkan suaminya sedangkan dimalam hari tidur sekatil.
Sabda Rasulullah:
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
Aku diperlihatkan akan neraka maka kebanyakan ahlinya adalah perempuan yang kufur.
Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: Adakah mereka kufur kepada Allah.
Baginda berkata: Mereka kufur kepada suami, kufur kepada ihsan. Kalau kamu berbuat baik kepada seorang dari mereka sepanjang masa kemudian dia melihat daripadamu sesuatu (yang buruk) lalu dia berkata " aku tidak pernah melihat daripada kamu walaupun 1 kebaikan".
(H.R al-Bukhari)
Demikian juga tidak wajar seseorang yang sentiasa bersedia melayan kehendak pasangannya lalu dibalas dengan pembongkaran aib.
Kalau isteri anda terlalu jijik, ceraikan sahaja. itu jauh lebih baik dari menyimpannya lalu dijaja keburukannya.
Suami yang menzalimi isteri pada hakikatnya sedang menzalimi diri sendiri kerana setiap itu mengundang azab Allah di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah:
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِتَعْتَدُوا وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ...(231)
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka peganglah mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka untuk melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.
https://www.facebook.com/salman.ali.3760/posts/10207662928707187 |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon datin datin FD mencemar suci thread ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya benang ni..belum pape dh kena hijack manak.
Tq utk peringatan tt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|