CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 5

Pasangan Suka Membebel, Ikut Cara Berikut..

[Copy link]
Post time 15-3-2016 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Lazimnya kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh turut dibebel pasangan, jadi adalah penting si suami tahu cara-cara yang sewajarnya ketika berdepan dengan situasi yang cukup megacau itu.




Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin boleh dirujuk untuk tujuan fahami jiwa dan perasaan si isteri demi kebahagian rumahtangga.





sumber foto: google image

1. Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila bini membebel, si lelaki boleh pula buat dek sahaja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika masalah yang tercetus itu masih terkawal dari sudut si dia. Cuba fahami jiwanya.





sumber foto: http://static0.goedgevoel.be/

2. Berdiam diri, jangan menjawab
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti “ Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja! Atau paling teruk, “ Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!. Memang cari gaduh kalau bertindak melawan balik, adalah lebih wajar si suami gunakan peranan “senyap” atau berdiam diri sebagai reverse psychology.








3. Belajarlah memujuk
Janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anakanak dan keperluan rumah. Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si isteri membebel tanpa sebab.






4. Jangan pandang remeh dengan perkataan ‘ Maaf’
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.






Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul betul

Makcik setuju ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 08:16 PM | Show all posts
yg sial skli,rahsia rumoh tangga gi citer pda bff. babi btul. bini berlendir pun nk cite!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini belajar rap sekali sekala, why not?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang tak boleh blah dapat suami suka bebel
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:29 AM | Show all posts
the summary is

lelaki jangan cakap apa2, pastu kena react apa yang di bebelkan tu macam angguk2, cakap yes, faham.. baiklaaah etc
pastu abis bebel kena pujuk pulak.. at least cakap 'sori'


adess.. kesian org laki kena mengalah. ha3
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list