View: 2269|Reply: 6
|
'Crying Room' Di Hotel Ini Dicipta Untuk Si Ratu Air Mata
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Nak menangis pun kena ada bilik khas? Eh, bunyinya pelik pula kan? Jika di Malaysia, siapakah ratu air mata? Wan Maimunah, Eira Syazira atau anda kakak-kakak serta adik manis? Hehehe, wanita memanglah suka menangis. Tetapi tak adalah sampai nak ada bilik khas kan?
Jika anda berpeluang ke Tokyo, Jepun pastikan anda cubalah menangis dalam “Crying Room” ini.
Sebenarnya idea mewujudkan “Crying Room” ini adalah idea yang bagus kerana kadang-kadang salah satu cara untuk menghilangkan tekanan atau pun rasa sedih adalah dengan menangis. Anda pasti akan merasa lega selepas menangis walaupun masalah anda belum selesai.
Mitsui Garden Yotsuya hotel di Tokyo mewujudkan “Crying Room” di mana anda boleh menempah bilik ini sama seperti anda menempah bilik hotel. Harga “Crying Room” ini bermula dengan harga $85.
Bilik ini menyediakan tisu, selimut dan juga eye masks. Anda juga boleh menonton filem-filem yang sedih seperti Forrest Gump atau membaca buku cerita sedih. - CARI Infonet
Kredit : Pulse.ng
|
|
|
|
|
|
|
|
bila kuar je bilik ni trasa diri dah blh move on ye |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni sediakan bilik utk marah & gelak plak |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik sndiri je la.x yah byr |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 le dia orang ni semuanya difikir dan disediakan |
|
|
|
|
|
|
|
x yah nk tgu masuk hotel ni iols dah nanges kalau teringat pengorbanan mak bapak..hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|