CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2578|Reply: 15

Borak-Borak Ilmiah berkenaan Institusi Rumahtangga

[Copy link]
Post time 19-3-2016 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum/Salam sejahtera

Menguntum manis senyuman si dara,
datang teruna ingin bersua,
assalammualaikum pemula bicara,
salam hormat untuk semua.

saja je aku bukak thread baru ni nak ajak sembang2, borak2 dgn forumer2 sekalian... tapi borak2 yg aku maksudkan ni adalah borak2 berilmiah yg xde unsur2 lagha dan sia-sia... sembang2 perkara yg mendatangkan faedah pada kita semua...

setelah sekian lama aku menjadi silent reader di forum ni dan aku amat tertarik dgn ruangan perbincangan keluarga dan cinta&emosi yg memaparkan banyak sngt masalah2 rumahtangga yg membawa kepada penceraian...

bila dngr je perkataan 'cerai' ni, aku sampai sekarang x phm2 nape la boleh sampai jadi cerai... maksud aku, aku x phm ape sbnrnya yg ada dlm kepala otak pasangan2 cerai ni yg penat2 kawen, end up gi cerai pulak... dulu bercinta bukan main.. kentut bau telur busuk pun boleh jadi wangi mcm perfume giorgio armani...

ye la kan... aku ni bujang lagi... x kenal lagi dunia berumahtangga tu cemana.. kang nanti ada yg ckp "try kawen dulu tengokkk... nanti baru ko tau langit tu tinggi ke rendah!"..

ok... berkenaan thread borak2 ilmiah ni... aku tak tau la mod setuju atau x... thread ni tak ada hala tuju tertentu...  dah nama pun borak2 kan.. so dok sembang je la kan...

aku akan 'up'kan senario2 masalah rumahtangga yg spesifik kepada masalah perhubungan dan komunikasi suami-isteri yg aku perhatikan di dunia sekeliling aku ni...

beza thread ni dan thread2 lain adalah thread ni berdasarkan senario2 rekaan inspired by cerita2 benar...

aku akan bagi pandangan aku dan aku harap forumer2 sekalian dpt bg pandangan2 ilmiah masing2 yg bukan merepek2 dan beremosi..

aku ingin menambah ilmu dan harap thread ni jadi thread yg berilmiah..

Senario 1

Puan X dan Encik Y dah berkawin lama dah dan umur awal 40an... Kalau dilihat dari rupa dan gaya luaran, diorg ni boleh dikatakan soleh dan solehah, warak.. dan masing2 pun berjaya dalam kerjaya.. profesional, high level executive..

En Y ni bnyk terlibat dgn bdn2 amal kebajikan dan dihormati dalam social circlenya disbbkan perwatakan solehnya... disbbkan oleh nmpk soleh dan warak dan sebagainya... kawan kpd En Y ni telah syorkan ayahnya supaya bermenantukan En Y ni.. dan dapat la En Y ni isteri baru berumur lebih kurang awal 20an... peerrgghhh!!!... muda lagi tuuuuu....

Perkahwinan tersebut dijalankan tanpa pengetahuan Pn X... dan meletop la kepala Pn X dan ibarat meletusnya gunung berapi krakatoa, begitulah keadaan emosi Pn X... pergaduhan besar berlaku... dan Pn X melarang 3 org anak perempuannya dan 2 org anak lelakinya termasuk 2 ekor kucing mereka daripada berjumpa En Y dan si madu 20an tersebut....

-----------------------------------

so... bagaimana pendapat kalian berkenaan situasi yg diceritakan di atas... apakah benarrr En Y sbg ketua keluarga berhak kawen cenggitu je?.. dan juga adakah Pn X berhak mengeluarkan memo larangan kepada anak2nya daripada berjumpa dgn En Y?...

-----------------------------------

psssttt... mod... kalau rasa thread ni x relevan, korang delete je la...        








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 02:23 AM | Show all posts
Elok bukak thread macam ni, ini asyik gossip sibuk jaga tepi kain orang pakai jam tangan murah palsu pun nak kecoh satu dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 07:01 AM | Show all posts
Will get my PA to read, summarise to me...baru Manak reply tred hang nee ok????


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bg aku yg belum berkahwin ni ofkos le aku rasa En Y tu jahat sgt kawin senyap2. Amboi2, kawin dediam tak bgtau bini hang ingat bini hang tu tunggoi kat rumah? Cuma aku tak faham apa motif dia kawin lg 1? Dgn anak dara pulak tu, kalau kawin dgn janda ka ibu tunggal ka boleh terima gk la sesuai dgn penampilan dia yg warak mungkin sebab nk tlg golongan ibu tunggal kan.  Tp kalau dah kawin dgn anak dara ni aku rasa mcm gatal plak En Y tu.

Bab Pn X bg perintah larangan tu aku rasa tak patut la. Mcm mana jd pun tu tetap ayah depa. Anak perempuan masih perlukan ayah untuk walikan mereka nanti. Jgn sebab ego mak depa, anak jd mangsa. Dan pihak paling teraniaya adalah ofkos kucing 2 ekor tu, dia pun nk merasa jugak ikan rebus yg direbus oleh mak tiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmiahlah sgt..mcm bgossip jah.mesti contoh ko pon org sekeliling ko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 07:56 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 19-3-2016 11:37 PM
Ilmiahlah sgt..mcm bgossip jah.mesti contoh ko pon org sekeliling ko.

huhu... minta maaf bnyk2 sekiranya ada yg aku tersilap...

spt yg dinyatakan di dlm first post tu... aku selalu mnyaksikan/dengar/nmpk kes2 penceraian yg terjadi di kalangan keluarga, sedara-mara, kengkawan, yg mana aku rasa kadar penceraian tu mcm tinggi sngt sampai aku rasa sedih kenapa jadi mcm ni...

dorang yg dah diberi nikmat bercinta oleh Tuhan tapi diorg sendiri yang musnahkan nikmat tersebut...

aku dah review bnyk kali dah ayat2 ku di first post tu supaya thread ni x jadi gossip..

aku periksa maksud gossip di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gosip

"cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~; menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip."

manakala maksud menggosipkan pula adalah.. "memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip."  

tetapi apa yg aku cuba usahakan melalui thread ni adalah kita mengambil pengajaran tentang apa yg terjadi, dan bukan membenci watak2 yang terdapat dlm senario2 yg diceritakan...

aku cuba sampaikan secara santai supaya sambil2 kita berdiskusi tu, tak la jadi bosan dan tidak menarik... aku juga tak masukkan unsur2 emosi dalam perkataan2 yg aku sampaikan supaya kita berdiskusi dlm keadaan tidak membenci watak2 dlm cerita... kita hnya ambil pengajaran atas kejadian yg diceritakan...

aku juga cuba sampaikan dlm keadaan yg tidak bias supaya watak2 yg terdapat dalam senario2 tersebu tidak dilihat sbg keji atau jahat dan sebagainya...

sepertimana yg telah ku katakan td... aku cuba sampaikan dalam keadaan santai... sbb tu aku ada guna ayat2 yg nmpk mcm tak serius.. supaya forumer2 lain boleh baca dlm keadaan santai...

tapi dlm masa yg sama, boleh berbincang tentang masalah2 tersebut supaya kita semua dpt ambil pengajaran dan masalah2 penceraian yg diceritakan melalui senario2 tersebut tidak terjadi di dalam masyarakat kita.. yg paling penting, tidak terjadi di kalangan kita forumer2 Cari...

aku juga akan bagi pendapat mengenai Senario 1 tersebut... nanti2 aku akan sampaikan pendapat aku... ni tngh buat kerja2 lain...

sekiranya forumer2 lain juga nyatakan apa yg aku cuba usahakan melalui thread ni adalah suatu yg tidak baik dan tidak patut.. berdosa.. salah di sisi agama... then aku akan suruh mod delete thread...

tapi sblm tu... tunggu dulu respon forumer2 lain sblm delete thread ni...

        

  



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2016 10:20 AM | Show all posts
Isu yg sama berulang ulang..laki gatal..poligami tanpa izin...laki gatal dpt sedap sekejap..anak2 tak puas hati berdendam dgn bapak..dah tua laki gatal sakitla sunyila duduk sorang2..bini muda baru nak up bercikcur dengan kawan2 je memperabiskan duit ko ...haa time tu barula ko duduk mengenang kisah2 silam ko takde sapa yang peduli makan minum sakit pening ko...bekas isteri pulak aman bahagia dengan anak menantu n cucu...n mungkin suami baru yg lebih ganteng dpd ko.so kesimpulannya takziah la pada laki tu walau dpt kahwin anak dara muda..sekarang mungkin sedap..depan tak tahu lagi ye....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 10:31 AM | Show all posts
ilmiahnya mana..

kalau masalah rumahtangga biasa..

isu yang diutarakan isu biasa je..

bab emosi ni sapa pun sama jer...kalau jantan penipu, mangsa isteri anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 11:05 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 20-3-2016 10:31 AM
ilmiahnya mana..

kalau masalah rumahtangga biasa..

Kalau isteri pulak jenis mulut babi kehulu babi kehilir macam hang...selalunya yang jadik mangsa saper???? Takkan kakak hang yang went through chemo tuh punya laki????


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 11:06 AM | Show all posts
siput babi berjalan merayap..

manusia babi mcm..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 11:08 AM | Show all posts


Babi tonot betina kena cerai laki dah sentap.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 12:52 PM | Show all posts
alamak.. aku silap laaa... aku pegi upkan senario poligami sbg senario 1... forumer2 anggap isu biasa2 je...

ada lagi sbnrnya senario2 lain spt ego suami vs ego isteri, berkawan di empat kerja lebih daripada berkawan dgn suami/isteri masing2, dan lain2 lagi...

aku akan keutarakan senario2 masalah rumahtangga ni dari semasa ke semasa... kita discuss la dulu senario 1 ni sblm senario2 yg lain..

apa2 pun, terima kasih kpd forumer2 yg sudi bagi input dlm thread borak2 sambil bincang2 ni... semoga segala input yg dikongsikan dpt diambil manfaatnya oleh sesiapa sahaja yg membaca thread ni...

berkenaan dgn senario 1 tersebut, di bwh ni pendapat aku...

masalah poligami ni mmg masalah yg biasa berlaku, tetapi kesan mudaratnya amat mendalam bukan setakat di peringkat masayarakat kita sahaja malah di peringkat global...

kenapa aku cakap di peringkat global.... sbbnya bila berlaku masalah2 berkaitan dgn poligami ni, kelihatan spt Islam membenarkan poligami (poligini) yg membolehkan kaum lelaki menindas kaum perempuan... org laki boleh kawin bnyk, org pompuan plak x bleh kawin bnyk... ini adalah ketidakadilan menurut mereka yg menggelar diri mereka sbg pejuang kesamarataan hak lelaki dan perempuan... dan pandangan 'poligami adalah sesuatu yg tidak adil' ini yg diterima oleh masyarakat global yg dipelopori oleh masyarakat barat...

hasilnya Islam dilihat sbg suatu adat purba yg dipenuhi dgn sistem hidup kuno yg sangat2 kejam dan menindas wanita... hanya kerana lelaki2 Islam menyalahgunakan sistem poligami yg dibenarkan dalam Islam untuk keuntungan diri sendiri...

kalau kita imbas kembali cara Muhammad s.a.w. mengamalkan poligami adalah dgn mengahwini wanita2 yg memerlukan pertolongan dan perlindungan... contoh paling mudah adalah Rasulullah s.a.w. mengahwini balu kematian suami yg merupakan antara para sahabat yg kecundang di medan peperangan... berbeza dgn sistem poligami yg diamalkan spt yg kita biasa dngr dlm kes2 masalah rumahtangga...

keadaan menjadi TIDAK ADIL apabila seorg lelaki yg sudah berkahwin itu boleh pegi ngorat mana2 kawan2 pompuan dia kat tmpt kerja dan disimpulkan pula, itu x menjadi masalah sbb Islam benarkan poligami dan juga lelaki boleh kahwin empat... ini bukannya sistem poligami yg ditunjukkan oleh Muhammad s.a.w... dan keadaan yg tidak adil ini juga la menjadi punca masalah rumahtangga...

keadaan jadi lagi teruk apabila lelaki yg dh berkahwin simpan skandal... apabila terbongkar then cakap x jadi masalah sbb niat nak kahwin pastu boleh plak kaitkan dgn sunnah nabi s.a.w. pulak... bila si isteri berskandal, tau plak marah dan jatuh hukum derhaka terhadap suami...

berbalik kpd senario 1 tersebut... pada pendpt aku.. En Y sepatutnya berbincang dulu dgn isteri sblm berpoligami... mmg la reaksi yg akan diterima berkemungkinan besar bukan la reaksi yg baik... berkemungkinan besar Pn X akan marah2 dan gaduh besar... tetapi itu sekurang2nya dah menjadi petunjuk apa yg akan berlaku sekiranya poligami tu diteruskan... tambahan pula, apa perlunya kahwin lagi satu sedangkan mereka telah mempunyai keluarga yg boleh dikatakan sempurna...

rumahtangga boleh diibaratkan sbg suatu kerajaan yg mana si suami adalah raja/pemimpin kpd kerajaan tersebut... sekiranya si suami tu nak kahwin lagi satu... keadaan ini boleh diibaratkan sebagai raja dlm kerajaan tersebut ingin meluaskan empayar jajahannya dan menakluk kerajaan yg lain... empayar pemerintahannya menjadi lebih besar dan berkemungkinan raja tersebut akan lost control dlm pemerintahannya disebabkan begitu besarnya empayar tersebut... kerajaan2 di bawah jajahannya menjadi kacau-bilau lebih2 lagi kerajaan lamanya... dan keadaan kacau-bilau ni yg mendatangkan kemudaratan...

spt raja tersebut, si suami yg kahwin lagi satu sepatutnya berfikir dahulu tentang keadaan rumahtangga yg sedia ada ni.. adakah akan menjadi kucar-kacir atau sedia kekal harmoni... dan yg lebih penting lagi apakah tujuan sebenar kahwin lagi satu tu... adakah kerana nafsu semata2... atau mmg betul2 ingin memberi pertolongan dan perlindungan kpd wanita tersebut??... dan sekiranya perkahwinan diteruskan, dan rumahtangga yg sedia ada menjadi kacau-bilau, adakah ini sistem perkahwinan yg dituntut dalam Islam??...

berkenaan dengan tindakan Pn X yg melarang anak2 daripada berjumpa dgn ayah mereka tu pula merupakan suatu tindakan yg amat2 tidak patut... sekiranya si ayah itu tunaikan tanggungjawab sbg ayah, maka Pn X tidak berhak nak larang2 cenggitu jek... lain la kalau si ayah tu suka dera ke, atau haruan makan anak...

so kalau Pn X merasakan yg En X tidak berlaku adil dalam rumahtangga mereka, minta cerai... tapi x perlu la sampai nak larang2 anak2 diorg mcm tu...

apa yg aku dapat lihat dlm masalah2 rumahtangga yg aku lihat/dengar/baca, root cause bagi masalah2 adalah komunikasi antara suami isteri..

tapi huraian pendapat aku berkenaan komunikasi tu nanti2 la aku kongsikan di masa akan datang...      


        



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 12:57 PM | Show all posts
Symbiosis3 replied at 19-3-2016 07:01 AM
Will get my PA to read, summarise to me...baru Manak reply tred hang nee ok????

manak... hang kata nak bagi input dalam tred ni... mana dia???...

ka hang masudkan reply tred tu just reply cam biasa ja??

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 01:07 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 20-3-2016 12:57 PM
manak... hang kata nak bagi input dalam tred ni... mana dia???...

ka hang masudkan reply tred t ...

PA Manak tengah cuti ler..........will be back this coming tuesday.....

Manak  Kalau posting tahap novel Enid BLYTON memang tak kosa nak baca......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gak tt buka thread gini...

Pada aku kalu laki kawin senyap2 n ko dah dapat tahu.jgnlah minta cerai...cerai tu mcm free2 ko bg laki ko kat dia.padahal kalu ko hidup berdua pompuan tu kena share2 ngan ko....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 08:07 PM | Show all posts
ada masa terluang sikit ni aku rasa boleh la nak berkongsi pendpt dgn forumer2 Cari sekalian berkenaan dgn komunikasi antara suami dan isteri...

pada pendapat aku, komunikasi merupakan salah satu perkara asas penting utk rumahtangga harmoni yg sering diabaikan dalam masyarakat kita samada sengaja dan juga tidak sengaja...

suami isteri sepatutnya berkomunikasi antara satu sama lain seperti kawan rapat... yep... kawan rapat...

seringkali aku lihat/dengar/baca keadaan dimana suami/isteri jadikan orang lain selain pasangan mereka sbg tmpt utama mereka berkongsi/luah pendpt dan emosi..

org lain selain pasangan itu yg menjadi 'kawan rapat'... lagi bahaya kalau 'kawan rapat' itu merupakan kawan berlainan jantina...

ok.. aku perjelaskan dgn contoh di bwh ni...

katakan la ada sorg wanita ni namanya A dan dia ada kawan rapat bernama B (perempuan)..

bila ada sahaja masalah bersama suaminya, si A ni akan terus berhubung dgn B utk minta nasihat sambil luah perasaan... setiap kali berlaku masalah, si A pergi ke B atas dasar kawan rapat.. lama-kelamaan si A menjadi lebih menghormati pendapat2 si B berbanding suaminya dan semakin lama jauh di sudut hati si A tu, dia lebih berasa senang untuk berkomunikasi dgn si B berbanding suami...

secara tidak langsung komunikasi antara si A dgn suami semakin pudar dan keserasian antara mereka juga sbg pasngan suami isteri semakin lama semakin hambar...

masalah lagi parah apabila berkongsi dan meluahkan pendpt ke rakan berlainan jantina... cthnya... ada seorg lelaki bernama C dan setiap kali ada masalah dgn isterinya, dia akan bercerita sambil luah perasaan pada kawan ofisnya si D (perempuan)... setiap kali ada masalah dgn isteri je pergi ke D... setiap kali ada masalah dgn isteri je calling2 D... setiap kali ada masalah dgn isteri je pegi lunch dgn D sambil2 luah perasaan konon2nya isterinya abaikan tanggungjawab la... tak jadi isteri yg penyayang la... tak memahami perasaannya sbg seorg lelaki la...

lama-kelamaan perasaan sayang berputik antara si C dan D... dan si D pulak konon2nya memahami jiwa C sbg laki yg dahagakan kasih sayang dari seorg makhluk bernama perempuan... hah, ini betul2 bahaya!.. bila komunikasi antara kawan berlainan jantina melebihi komunikasi antara pasangan rumantangga masing2, ia boleh diibaratkan sbg menghina pasangan rumahtangga masing2...  

maksud aku di sini bukannya tak boleh ada kawan rapat... semua orang pun ada kawan rapat... tetapi hadkan kawan rapat di luar rumahtangga itu adalah kawan sama jantina... dan juga pasangan rumahtangga masing2 sepatutnya menjadi kawan yg paling rapat berbanding kawan2 yg lain tu...

dan setiap hari, setiap pasangan suami isteri sepatutnya berkongsi masalah2 di pejabat, hobi, citarasa, minat, mood, cerita2 seharian, pendapat, dan lain2 lagi... boleh kata semua la...

kadang2 tu mungkin la ada perkongsian mcm hobi tu antara lelaki dan perempuan lain... contohnya mcm si isteri tu suka pasal fesyen... baju kebaya la, tudung la... yg mana kebanyakan org lelaki tak layan.. manakala si suami suka pasal kereta, bola sepak... yg mana kebanyakan org perempuan tak layan.. apakata kalau kongsi sama2 minat dan hobi tu... dan si suami atau si isteri cuba memahami dan berkongsi hobi dan minat yag diminati oleh pasangan masing2...

cthnya si isteri tu dok cerita pasal tudung la, baju inner la, kain selendang sutera bagai... jgn la si suami tu tak layan bila si isteri berceloteh pasal perkara2 mcm tu, ambil tahu la pasal hobi dan minat si isteri tu... dengar dan ambil tahu dan berkongsi pendapat cthnya mcm tudung ni lebih cantik berbanding tudung tu, kain ni lebih berkualiti berbanding kain yg lagi satu tu...

begitu juga sebaliknya... si suami boleh cerita pasal kereta ke bola sepak ke dgn isteri... si isteri pun dngr dan ambil tahu la sedikit sebnyk bila si suami tengah dok layan bola sepak tu... sambil2 sama dok layan piala malaysia ke, epl ke, boleh tambah kemesraan antara suami isteri...

memang la yg aku cakap ni mcm perfect sngt je... mcm lebih2 je...  tapi aku percaya kalau suami isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk hobi dan minat, insyaAllah pasangan suami isteri boleh kekalkan kebahagian hingga ke alam seterusnya...

walaupun pendapat2 sebegini hanya sekadar teori tetapi aku percaya kalau suami dan juga isteri, masing2 jalankan peranan masing2 dlm berkomunikasi antara satu sama lain dgn baik dan praktikkan benda2 basic gini yg pada asalnya 'hanya sekadar teori', insyaAllah pasangan suami isteri boleh kekalkan kebahagian hingga ke alam seterusnya...  

        

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.360024 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list