|
Oleh Izzah Abbasy
Pernah tak kita diherdik oleh budak-budak kecil? Bukan itu sahaja, kadang-kadang sikap mereka yang kurang ajar seperti tidak dengar cakap, meludah, menjelir lidah dan sebagainya membuatkan kita sebagai orang dewasa mahupun ibu bapa pun boleh jadi hilang sabar.
Tetapi, bukankah mereka budak kecil dan seeloknya kita menasihati mereka agar tidak melakukan perbuatan yang dikira tidak elok. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya." Begitulah juga cara mengajar anak-anak kita.
Ha, kenapa agaknya anak-anak menjadi kurang ajar dan tak dengar cakap? Cepat selidik.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah SWT. Bukan kita sendiri.
CARI Infonet
Sumber : Macam |
|