|
Oleh : Dean BZ
Punggung merupakan salah satu dari aset bernilai buat perempuan kerana punggung memiliki daya penarik buat golongan lelaki.
Perempuan kebanyakkannya tidak gemar memiliki punggung besar dan lebar namun sebaliknya rata-rata lelaki sukakan perempuan yang memiliki "bumper besar". Namun, memiliki punggung besar atau sedan bukanlah soal utama janji punggung sentiasa lentik dan kata orang, "bumper baik ni, belum jatuh lagi".
Memetik artikel dari Berita Harian, Bekas peserta Akademi Fantasia, Nana Mahazan, kembali bersenam kerana mengidamkan bentuk punggung yang cantik.
"Alhamdulillah, setakat ini juga saya lihat perkembangan cukup positif. Punggung pun 'naik' sikit. Kalau tidak, bahagian terbabit macam rata saja.
"Ternyata senaman, sama ada menggunakan beban atau tidak, dapat membantu mendapatkan punggung yang cantik. Contohnya seperti melakukan 'squat'," katanya.
Sis, jagalah kecantikan badan terutamanya bahagian punggung. Jangan jadikan alasan membiarkan punggung anda "terbiar" hanya kerana kawasan itu bukan untuk tontonan umum. Ingat! punggung yang mantap, suami pun suka. Eh!
Maksudnya, jaga dan perhiaskan lah badan anda untuk suami atau bakal suami tersayang. Nana yang badan langsing pun masih gigih jaga badan. Jom mula bersenam dan dapatkan bentuk punggung idaman anda! - CARI Infonet.
|
|