View: 3094|Reply: 6
|
Nak Anak Cerdik Cerdas? Ini Makanannya!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Buat anda yang memang 'hantu' coklat, kini bolehlah meraikannya. Ini kerana coklat bukan sahaja meningkatkan rasa bahagia, malah kajian membuktikan ia lebih dari itu.
Apakah kelebihan coklat sebenarnya? Memetik laman CNN adanya kajian terbaru mendapat makan coklat boleh meningkat kemampuan kognitif seseorang, seperti daya ingatan dan melancarkan aliran darah ke otak.
Seorang pakar psikologi, Merill Elias mendapat idea untuk meneliti apakah makanan yang sering diambil oleh masyarakat. Dan hasilnya memang sangat positif, mereka menemui individu yang mengambil coklat seminggu sekali, daya ingatannya tampil lebih baik.
"Ini kerana coklat menyentuh sejumlah domain kognitif," ujar Merrill.
Bagaimanapun kajian ini belum sepenuh selesai. Dia ingin mengkaji dark chocolate dan coklat biasa dengan secara berasingan.
Oleh itu, para ibu bapa boleh memberikan anak anda coklat. Mana tahu ia mampu membantu perkembangan minda yang baik. Patutlah makin ramai produk coklat minda di pasaran kan? - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
yeay.. haku mmg hantu coklat. tiap2 hari pun mesti ada coklat. |
|
|
|
|
|
|
|
ira79 replied at 11-4-2016 01:51 PM
yeay.. haku mmg hantu coklat. tiap2 hari pun mesti ada coklat.
hantu coklat???hantu susu aku pernah dgr la...hahaha....larikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
tp kajian tak abis lg. tp jgnla dok sumbat ceklat kt anak ari2. rosak gigi anak tu nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan mahal ni
Tak mampu |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha hantu susu pun ado.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|