View: 2350|Reply: 2
|
Marah Anak Di Depan Orang Lain? Fikirkan Semula Impaknya!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Memarahi atau menegur anak pun ada cara. Siapa tak rasa malu dan sedih bila ditegur depan semua orang?
Banyak impaknya jika anda memaki anak di khalayak atau tempat umum. Masalah utama yang dihadapinya kelak ialah ketakutannya untuk bersosial pada masa akan datang.
1. Perkataan seperti bodoh dan menyusahkan, misalnya tidak dapat dihadam sebagai nasihat sebaliknya anak-anak akan berasa yakin dirinya betul-betul tidak berguna.
2. Malah, cara ini tidak langsung menyebabkan anak semakin berdisplin dan membuatkan kenakalannya berhenti. Sebaliknya membuatkan keadaan bertambah buruk.
3. Impak paling mendalam ialah dia rasa tak yakin pada diri sendiri, malu bila berhadapan dengan orang lain dan akhirnya membuatkan dirinya benar-benar lemah.
Solusinya, anda sebagai ibu bapa harus mengawal diri dan amarah anda. Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa jika anda sedang tertekan.
Menasihat anak adalah cara terbaik daripada menengking. Jika ingin memarahinya, elakkan diketahui atau dilihat di tempat awam.
Pelajarilah lebih banyak ilmu keibubapaan agar dapat membentuk jati diri anak anda. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAMS replied at 13-4-2016 06:54 PM
Oleh Adib ZA
Memarahi atau menegur anak pun ada cara. Siapa tak rasa malu dan sedih bila ditegur de ...
iols x de ckp bodoh ke.apa..nelampau tu..
pegi sopink kompleks..anak.anak.meragam je...
"JOM BALIKKKK!!"
trrus baek |
|
|
|
|
|
|
|
Lg satu,jgn perli anak2 even dpn adik beradik sendiri sbb akn buat anak tu hilang hormat pd ibu bapa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|