Jika sewaktu kita kecil, kita memiliki warna kegemaran tersendiri. Rupanya ia merupakan salah satu ciri karakter kita yang menunjukkan siapa diri kita.
Menurut ilmu chromotherapy, warna berkait rapat dengan kondisi mental dan juga kesihatan seseorang.
Kali ini, jom kita lihat apa yang ada pada mereka yang gemarkan warna hijau, warna alam semula jadi.
1. Hijau adalah warna yang melambangkan harmoni dan keseimbangan.
2. Hijau mewakili harapan dan perdamaian.
3. Warna ini biasanya disukai oleh mereka yang memiliki peribadi lembut dan jujur.
4. Orang-orang pengemar hijau biasanya terus terang dalam berkata-kata, suka berada dalam komuniti dan mampu bersosial dengan baik.
(Sumber foto: Carian google)
5. Mereka sangat menyukai kedamaian hidup dan kerananya akan melakukan pelbagai hal untuk mencapai hal itu. Mereka tidak suka mencari masalah dan mahu menyelesaikan segala masalah sebaik mungkin.
6. Tetapi kerana sikap cinta damai itu pula, biasanya orang-orang penggemar warna hijau lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri ketika berinteraksi dalam komuniti.
7. Mereka boleh bersikap sederhana dan sabar, dan kerana itu kadang suka diambil peluang oleh orang lain. - CARI Infonet
sama la kita makcik. hijau bukan kaler faveret. tapi kalau nampak baju kaler emerald mmg hati rasa ingin benar memilikinya. ni tgh berangan nak beli kebaya nyonya kaler emerald.
Post time 16-9-2016 12:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dlu pernah ada srg ckg geo nie yg minat hijau, nak almost everyday pki kemeja hijau yg different shades... keta pun ijau haha.. tpi oleh sebab tu lah jg, ckg nie yg plg outstanding.. org pnggil ckg hulk hahah...