View: 12234|Reply: 71
|
Isteri Malas Memasak, Macam Mana?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://cdn.idntimes.com/
Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan setiap pasangan dalam mencorakkan kehidupan mereka. Sebelum berkahwin, mereka telah diberi sedikit pengetahuan mengenai alam rumah tangga.
Bagi suami yang memiliki isteri yang cantik, dan mempunyai didikan agama yang secukupnya, ditambah pula dengan kepakarannya dalam memasak, itu merupakan suatu bonus dan nikmat yang perlu disyukuri oleh suami.
Yang penting, jangan sesekali menjatuhkan hukum yang isteri tidak rajin dan tidak pandai masak. Mari kita selidik apa yang suami boleh buat agar isteri rajin masak. Di bawah ini ada sedikit tips yang boleh diamalkan oleh isteri untuk pupuk minat memasak.
1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik ‘complaint’ sahaja
Suami tidak perlu memarahi isteri yang tiada kemahiran memasak. Suami perlu memberi sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Beri kata-kata pujian terhadap masakan percubaannya ditambah dengan komen positif supaya isteri dapat perbaiki lagi masakan akan datang. Jangan sesekali mengamalkan sikap panas baran dan tidak berkhemah dalam menegur isteri. Walau pun dia hanya pandai menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap puji dan berterima kasih kepadanya.
2. Suami kena tolong isteri di dapur
Isteri yang bekerjaya, tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri tetap memasak untuk suami, suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak.
Jika isteri tidak mahir mengenai resepinya, suami perlulah membantu isteri. Hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur supaya isteri tidak rasa bosan ketika memasak. Ini juga merupakan satu daya tarikan bagi isteri sentiasa memasak untuk suami.
3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak
Bagi memastikan isteri pandai memasak, suami dan isteri perlulah pupuk sikap rajin untuk ke dapur. Jangan sesekali bermalasan untuk pergi ke dapur. Sikap seperti ini akan membuatkan anda malas memasak.
Apabila malas, anda tidak akan dapat memperbaiki kekurangan anda dalam masakan. Biasakan diri ke dapur. Membuat sarapan, makanan tengahari, minum petang dan makan malam. Sebelum memasak, anda telah fikirkan menu yang hendak dimasak supaya tidak membuang masa.
4. Tonton rancangan memasak bersama
Suami jangan hanya tengok bola sepanjang masa. Luangkan masa tonton rancangan masakan bersama isteri. Sangat banyak rancangan di televisyen berkaitan masakan. Pastikan anda luangkan sedikit masa untuk menonton rancangan tersebut. Jika menu yang menjadi pilihan dalam rancangan itu mudah untuk anda belajar, ambil inisiatif untuk mencubanya.
Pastikan segala bahan-bahan yang diperlukan telah anda tulis dan boleh sediakan. Ajak juga suami untuk tonton bersama-sama supaya dia juga boleh membantu anda dalam penyediaan makanan.
5. Mulakan menu yang mudah
Pelik kalau suami tidak tahu masak sardin kan? Ia terlalu mudah. Bagi yang tidak pandai memasak, anda dicadangkan untuk memasak makanan yang mudah dan ringkas dahulu. Jangan mencuba masakan yang susah, kerana dikhuatiri masakan tidak menjadi, dan semangat anda akan hilang untuk memasak. Menu yang mudah disediakan seperti berunsurkan telur dan ikan.
Sebenarnya bukan isu yang besar pun sekiranya isteri tidak minat memasak, jika si suami pandai dan memang gemar memasak, bolehlah si suami masuk dapur dan tunjukan masakan hebat tersendiri dan hidangkan untuk anak bini. Yang penting sedap dimakan dan tiada aduan dari anak bini, haha! - CARI Infonet |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
malas masak boleh beli je...kalau malas keje, nak makan apa |
|
|
|
|
|
|
|
Dey chendol, apa cerr laki nak expect isteri jadi chef ah?????
Kerja dari pagi sampai malam....terhangguk hangguk kat opis sampai kena maki dgn bos....pastuh balik nak kena masak lagi??? Seluar dalam TOK laki Kalau aku tak kerja...jawab tak berganti tau......ini nak expect bini jadi tukang masak lagi????
Siti Cobber Kembang....
Pasir Putih.....
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Suami kena belajar memasak |
|
|
|
|
|
|
|
isnin-jumaat
breakfast, lunch, dinner kat kedai
sabtu-ahad
kalu rajin masak. kalu keluar jalan2 makan kat kedai lagi
lantaklah org nak kata aku malas ke apa. tapi aku suka baking kalu ada masa free. buat dessert pun suka. kalu mai angin rajin macam kelmarin dulu aku buat agar2 oreo lepas hantar depa ngaji. anak cakap sedaplah ibu hihihi
hb tak pernah bising suruh aku masak. dinner selalunya aku keluar dengan 2 anak saja pasal hb masuk keja 7pm. kalu ada kueyteaw ke nasi lebih ke hb yg goreng coz aku mmg tak reti nak buat goreng2
weekend kalu nak masak aku tanya anak2 apa dorang nak makan aku masakkan. menu pilihan anak2 pasal yg penting anak2 makan
p/s jangan kecam/laser aku yerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik hang ada buat disclaimer...Kalau tak memang ler.....
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. aku kadang sensitip sikit manak. satgi aku nangis pulak bila kena lahar hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang sensitip nie memang manak paborit kasi double dosage...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masak kalo ade masa x penat
Smpai umah kol 6
Bajet smpai kol 10, 4jam jer ade(sbelom tdo)
Time tu la nk kelek anak3, nak basuh baju, ampai baju, lipat baju, bg anak3 mkn, tgk homework, kms buku skolah, standby brg esok, borak2 ngn anak...mandi solat dll....keje utk 2org
Kalo msk da ilang sejam
4jam tu pon kalo blk on time kol5....kalo lmbat sket da lmbt smpai umah...rehat masa tdo jer...tu pon kalo 'xde keja' |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kesah bini x oandai masak, jangan x pandai gosok baju..
sebab aku pandai masak, x terror gosok baju |
|
|
|
|
|
|
|
"Isteri tak pandai masak, ok lagi, sebab boleh cari bibik yang boleh masak , Tapi Kalau bini macam batang kayu bile ehem, takkan nak gajikan bibik jugak??"
Joyo bin karman.
Yong PENG.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukn tangung jwab isteri memasak nih |
|
|
|
|
|
|
|
Masak tu skill hidup..xkira laki pempuan duh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab Malas masak ni susah nak komen.
sebab ada jugak certain time tetiba i rasa malas betul nak masak.
walau laki n anak buat muka selebet.
tengok atas meja penuh je roti, kaya, buah buah, biskut.
gigit gigit makanan yang sedia ada dah la kot
tapi kekadang selera hubby i ni memang nak nasik jugak...bersambal dan berkari.
adei...
tak peningke hari hari nak pikir masak apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak ayat tunggang langgang..jgn kecam ye |
|
|
|
|
|
|
|
tgh pikir.. hari ni nk masak apa ye... bosan la pulak bebalik spageti, nasi... ayam, ikan daging... aish... jap lg anak2 nk balik sekolah... sian plak kalau x masak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuar bekerja kasi laki makan hasil duit bini....adalah tanggunjawab isteri kan,kan,kan????
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanya jerk MAT GEBU........bukan susah naaaa......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|