CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11815|Reply: 98

suami yang berkira berat rezeki nya

[Copy link]
Post time 28-4-2016 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Aku selalu baca semua thead kat sini yang berkongsi tentang segala permasaalahan berkenaan suami....membuatkan aku nak mintak pendapat. Aku dah tak ada mak bapak untuk aku luahkan kesedihan dan kecelaruan aku ni. Ada kakak kakak yang hanya akan perli kutuk dan more to fault finders each time aku cuba nak tanya atau kongsi masaalah. Aku perlu nasihat sangat sangat.

Im a mother of 3. Anak anak masih kecik. aku dah kawin dekat 7 tahun dengan seseorang yang sangat ya rabbi aku sayang. Iaitu laki aku la. dia kerja bagus, gaji lebey banyak dari aku obivously. Aku hanya admin tapi alhamdulillah gaji cukup untuk aku dana keluarga kecil kami.

the real problem is......dia jarang bagi aku duit nafkah....atau sekarang dah boleh aku categorykan tak penah bagi dah. Kalau aku minta.....dia tak akan bagi di tangan aku, malah dia akan lempar atas meja atau cabinet kami. ..which is so offended.  Aku terasa sangat.  Aku penah sound dulu, dan berakhir dengan silent treatment dari dia, dia tak suka di tegur apatah lagi memperbetulkan kesilapan dia. Its sinful to him.  Sejak 2 menjak ni, boleh di katakan aku yang biayai segala perbelanjaan rumah, babysitter anak, preschool anak, pampers susu duit van anak, kafa, groceries dan dia cuma bayar duit sewa rumah which is 1800. Dan dia ada sebijik rumah lagi yang disewakan and literally dia dapat balik 1000 tu dari duit sewa rumah sana. He only keluarkan 800 saja sewa....duit kereta aku, aku dah habis bayar dan duit keta dia masih berjalan dan dia yang bayarkan.  aku sampai bergadai barang kemas setiap bulan apabila perbelanjaan tak cukup dan dia hanya mendiamkan diri.

End December last year its bonus time....duit bonus dia habis macam tu...bila aku tanya dia kata bayar hutang...as far as aku tau dia tak ada hutang. dan dia ikut berjimba bonus aku.

for info, dia ada seorang anak angkat age 23 from previous marriage. after they divorce,  ex dia tak nak bela budak tu...and the ex kawin and move away. So that girl menjadi beban aku hingga la masuk ke college. Sekarang tahun akhir di college dan hampir setiap minggu suami aku funded dia. Its 150-200 perweek. aku tak penah masuk campur tak penah komen even sometimes he will ask me to bank in kat budak ni as he like. Dan kebangangan aku dan ketaatan aku, aku buat tanpa banyak soal.

soalnya...its getting worse as i can see. dia ambil kesempatan kat aku...segalanya di lepaskan kat aku.  aku dah penah mintak duit belanja, dan dia hanya bagi rm50 ...nak buat apa dgn rm50? mungkin duit sekolah anak sulung aku kut...since that day, aku stop menjadi pengemis kepada suami aku sendiri.  Masa anak sulung ku nak masuk sekolah awal tahun ini, persiapan dari segi pakaian, buku, yuran, alat tulis segalanyaaaa, adalah dari duit bonus aku....dan ayat dia hanyalah, Si A nak duit, kesian A makan maggi saja........(A adalah anak angkat dia)

Suami ku juga sangat rajin berkerja, bab kerja memang displin, dan seorang yang rajin buat O.T. Pantang ada OT, dia sanggup bergaduh dengan aku dan anak anak demi kerja dia. Tapi lepas tu , bila di tanya kenapa gaji tak cukup....dia kata, entah.

Suami aku solat bagus, puasa bagus segalanya bagus tapi dia sangatlah berkira...tak dapat aku tulis di sini betapa dia berkira dengan aku. ADakah kerana dia nampak aku bergaji, benefit syarikat yang banyak, dan aku stable maka tanggungjawab seorang suami di lepaskan begitu saja?
SEtiap kali aku buka mulut dia akan berubah air muka, and I am sick of it. aku penat bergaduh...sangat sangat penat.  Hinggakan aku banyak berdiam diri dan aku tak tahu sampai bila aku harus berdiam diri...

suami...kenapa macam ni jadinya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 7taun ko biarkan susahlah...dia dah terbiasa.solat x guna gak bila x bg nafkah. Selama ni pun ko bela anak ko kan?so...so simpan bukti dia xpernah bg nafkah kat ko..then cukup 3 bulan ko tuntut fasakh je.tu je penyelesaiannya...bila dh cerai senang.kurang sikit tanggungjawab ko nk bela dia.ko bela anak2 je..mak sure mintak nafkah utk anak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
You yang benarkan dia menjadi sebegitu. Hadap aje la. Kalau nak paksa suami beri nafkah, jangan beli walau sebutir pun beras untuk makan di rumah. Api, air jangan bayar, biar kena potong. Asalkan anak-anak tak mati kebuluran, itu sudah memadai. Sanggup?

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik tak tahu nak kata/nasihat haper kecuali iolls simpati sanggat sanggattt terhadap tt

Sekarang inni haper yang tt boleh buat jangan putus doa pada Allah semoga sheben tt berubah, insyaAllah aamiin~

Kalau stress n nak moyan kalu, moyan kat forum inni jah horkeh! Ramai yang boleh teman dan layan royanan tt nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:33 PM | Show all posts
macam tu punya perangai pun masih ya rabbi sayang?? OMG
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:38 PM | Show all posts
Kes ni same macam kes mak Ai... mak lagi kesian, sebab mak tak bekerja. tak de punca selain mengemis stiap kali perlukan belanja tuk kami adik beradik..
Bawak la berbincang. lepas tu buat la tindakan ape yang patut.
Sedih bile dengar cite macam ni. maybe tu la punca hilang berkat dengan duit gaji die.. Syukur awak masih mampu tanggung anak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut my style kdg jadi mcm genster..selember je amik duit dia pastu dia tnya akak ckp..ko nk bekira ngan aku??? Meh kira gaji aku sbulan ko byr 500 je kali ler brpa thun dh..nk kira lgi kalu aku tolong bawak kalkulator..tkat bising2 gitu jah dia. Sendri tau perangai dia selama ni..you play hard i play harder gitu. Nak setel mai la race kt track
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:16 PM | Show all posts
rospinki replied at 28-4-2016 02:01 PM
Ikut my style kdg jadi mcm genster..selember je amik duit dia pastu dia tnya akak ckp..ko nk bekira  ...

Wahhhhhh...gengster sama gengter...itu Kalau kat trek...tapi kalau bergelut kat atas katil  selalunya camna outcome nya robin????
Jap Manak try jawab nak jawab jugak tak kisah...dia selalu sampai finishing line dulu.......hang jadi batang kayu.....kan????




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm... Selalunya laki tengok bini dah kerja mesti mcm ni kan? Tak kasi nafkah atas alasan, dah izinkan bini bekerja maka duit gaji isteri tu belanja sukati la. Dia dah lepas dr tanggungjawab. Susah la mcm ni.

Dah tegur byk kali susah juga. Korg jd gaduh.. Ikut la tt, redha tak gaji dipakai utk bela anak2? Kalau x redha, nak tak nak kena ckp dgn laki. Kalau gaduh juga, maka laki tt x layak sungguh jd laki.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:19 PM | Show all posts
Baik sgt TT ni.. kasi muka sampai kena pijak.

Tapi herankan laki sekarang ni.. mcm liat bebenar nak bayar nafkah. Semua nak dok mengharap kat bini. Time nak berasap, ada pulak duit dia. Kalau cemgini perangai dia, tetiap bulan bergaduh pasal nafkah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:19 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 28-4-2016 01:24 PM
You yang benarkan dia menjadi sebegitu. Hadap aje la. Kalau nak paksa suami beri nafkah, jangan beli ...

Hang rumah dah berapa kali api air kena potong, odah????..sampai sekarang masih dok kena kuar kerja macam lembu???


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:22 PM | Show all posts
brown_pupil replied at 28-4-2016 02:19 PM
Baik sgt TT ni.. kasi muka sampai kena pijak.

Tapi herankan laki sekarang ni.. mcm liat bebenar  ...

Padan muka pompuan jugak....hari hari sama ayat...kerja kerja...takut nanti kena cerai....ada jugak simpanan....belum kena cerai. Dah kena jadi lembu....

Kan???

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:26 PM | Show all posts
Mannak replied at 28-4-2016 02:22 PM
Padan muka pompuan jugak....hari hari sama ayat...kerja kerja...takut nanti kena cerai....ada juga ...

SEbab tu la pentingnya pempuan untuk pegang duit sendiri. Bukan nak kata berkira dengan suami, tapi laki zaman sekarang ni ramai je spesis biawak hidup. Semua nak mengharap kat bini. Silap2 spender pun bini yang belikan..


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 28-4-2016 01:33 PM
macam tu punya perangai pun masih ya rabbi sayang?? OMG

Siang aja meroyan dalam forum.....malam kena cuit ngan laki jer .....kesubuh jawabnya berdayung sampai ke muara.........semua lupa...kecuali ..abangggggggggggg. sayangggggggggggggggggggggg



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:28 PM | Show all posts
Kalau aku, aku bancuh cukup2 laki x sedaq dek untung mcm tu..nasib laki aku gaji sikit pd aku..so aku x demanding sgt..

dah tau dia xkan bayar..tt jgnla byq apa2...kena reverse saiko....pantang aku laki  xsedaq diri ...

masa kawen x bagi syarat siap2 ka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mannak replied at 28-4-2016 02:16 PM
Wahhhhhh...gengster sama gengter...itu Kalau kat trek...tapi kalau bergelut kat atas katil  selalu ...

He was..skrg dh ilang kuku. Robins kt luar ni manak kena setel sometin fst..nti add some more the idea of gensterism..kuikui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 02:31 PM | Show all posts
brown_pupil replied at 28-4-2016 02:26 PM
SEbab tu la pentingnya pempuan untuk pegang duit sendiri. Bukan nak kata berkira dengan suami, tap ...

Deyyyyyy......spender pun sampai bini kena belikan tolong mellow kan sikit tonenya boleh tak????

Sentap nanti cobbler, sarahodah, ANA banana, nor  DAN robin tau......














Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:31 PM | Show all posts
rospinki replied at 28-4-2016 02:01 PM
Ikut my style kdg jadi mcm genster..selember je amik duit dia pastu dia tnya akak ckp..ko nk bekira  ...

klu aku amek kad atm die terus
org nk ckp kejam lantak la
dari aku sakit macam tt macam wify2 di luar sna
yg mna laki berkira nk keluarkan duit

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:35 PM | Show all posts
Mannak replied at 28-4-2016 02:31 PM
Deyyyyyy......spender pun sampai bini kena belikan tolong mellow kan sikit tonenya boleh tak????
...

Itu fakta okeh... in real life penah jumpa. Bini belikan spender. Tak tau la kot bini dia balik tunjuk resit pastu klaim..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:36 PM | Show all posts
next time ko dpt bonus ke ...naik gaji ke..diam je...x perlu nk bg tau dia...
ni la jadinya..dia pijak2 nya ko...
sbb berkira la ..gaji laki ko manjang x ckup...x berkat
rezeki berat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.653994 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list