CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10779|Reply: 68

Nak Anak Pandai Speaking English? Mommy Bole Cuba 14 Petua Ini

[Copy link]
Post time 6-5-2016 05:53 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Sebagai salah satu persediaan mendedahkan anak kepada pelbagai bahasa untuk si anak bertutur, pastinya ramai ibu yang menghadapi banyak cabaran mengajar anak.


Lebih-lebih lagi mengajar bahasa inggeris/ english yang memang bukan bahasa ibunda kita orang melayu.


Namun petua ini boleh dijadikan panduan dan ada yang telah berjaya melatih anak-anak berbahasa inggeris.


1 - Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam. - memang dah banyak lagu nasyid english version.




2 - Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris dan sorang cakap melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah. - hmm dua-dua parent tak cekap; susah mcam ni.
Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. - cara mudah dan memang berkesan!


3 - Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak-anak anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk menagajar, contohnya YouTube.


4 - Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka. - kad imbas sekarang murah, buat sendiri pun boleh ...


5 - Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik. - bantai je ... kadang-kadang orang sekeliling kita pun bukan reti sangat!


6 - Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.


7 - Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun, tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.


8 - Rajin-rajinlah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka. - Saya selalu buat guna National Geographic.


9 - Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort. Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.


10 - Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain.


11 - Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.


12 - Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.


13 - Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. - Jadi rojaklah nanti agaknya .. tu ada slanga tu
Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul-betul dan gunakan ayat yang betul grammar dia. - Ini mesti, banyak dah dok cakap kena cakap terus dan betul
Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.


12 - Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kala kita ni tak sempurna. Atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.


13 - Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. - Memang patut ada kamus sorang satu bawa kemana-mana


14 - Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. - Ini basic parental pun banyak ajar cara dan kaedah macam ini.








-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 07:35 PM | Show all posts
kalau kat rumah x rajin nak guna b.i, pastu kat luar baru la nak kengkonon cakap b.i dgn anak... eloklah lupakan sahaja petua tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 07:40 PM | Show all posts
14??.?.. Mighty loooooooooong list
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 07:42 PM | Show all posts
Tak sempat habis baca.... Dah nak tertidur
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 05:52 AM | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 6-5-2016 07:40 PM
14??.?.. Mighty loooooooooong list

Hang trilingual, Manak trilingual...Kalau kita kawen....anak kita nanti akan busuk busuk pun trilingual jugak.....coz its kind of hereditary bab acquisition of language nie kan????? So tak payah bother sangat tips tips kat atas tuh.........




Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 05:54 AM | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 6-5-2016 07:42 PM
Tak sempat habis baca.... Dah nak tertidur

Hang memang kaki/ kuat membuta....sedang masak kat dapur pun boleh tertidur......



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 6-5-2016 07:35 PM
kalau kat rumah x rajin nak guna b.i, pastu kat luar baru la nak kengkonon cakap b.i dgn anak... elo ...

Haha..i sometimes speak hengrish when i am mad at my kids...kalau ckp melayu kang jd pjg pulak bebelan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 12:28 PM | Show all posts
Mannak replied at 7-5-2016 05:52 AM
Hang trilingual, Manak trilingual...Kalau kita kawen....anak kita nanti akan busuk busuk pun trili ...

Tidak sependapat dgn Manak dalam perkara ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2016 10:33 AM | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 7-5-2016 12:28 PM
Tidak sependapat dgn Manak dalam perkara ini

Your rights to your own shaped view......sedangkan bebola mata kita pun tak mungkin sama warna....


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 6-5-2016 07:40 PM
14??.?.. Mighty loooooooooong list

Point yg sama diulang2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 09:54 PM | Show all posts
pelicano replied at 8-5-2016 04:25 PM
Point yg sama diulang2 ...

In a nut shell it may be describe as such:

1. Listen
2. Speak
3. Read
4. Write
5. Repeat all the above

What say you?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 10:18 PM | Show all posts
Mannak replied at 8-5-2016 10:33 AM
Your rights to your own shaped view......sedangkan bebola mata kita pun tak mungkin sama warna.... ...

Saya suka perkataan bebola mata daripada biji mata.  Saya akan membiasakan diri dgn perkataan bebola mata dan mengurangkan penggunaan biji mata.....terima kasih manak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 07:20 AM | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 8-5-2016 10:18 PM
Saya suka perkataan bebola mata daripada biji mata.  Saya akan membiasakan diri dgn perkataan bebo ...

Bebola api pernah dengar tak????



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:49 AM | Show all posts
adik aku skrng dh 16thn ..
sejak lahir kami xpenh pun nk ajar dia ckp B. Inggeris.
Tp, mmg sejak dia reti tngok tv,dia mmg minat rancangan Art Attack.
Pada umo 3 thn.. dia mmg fasih cakap B Inggeris. So kami plak kene ikut dia ckp B Inggeris.
Masuk tadika, malu plak dia cakp B. Inggeris sbb kwn2 cakap Melayu.
Tp smpai sekarang kalo tngok exam dia, B.Inggeris dia mmg top dr B Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:57 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 7-5-2016 10:17 AM
Haha..i sometimes speak hengrish when i am mad at my kids...kalau ckp melayu kang jd pjg pulak beb ...

Kalau hang marah kat laki hang pulak??? tentunya dari kebiasaan panggil dia abang hang akan teriakkan  dgn laungan Harlow Autobot Transformer kan,kan,kan???


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mannak replied at 9-5-2016 09:57 AM
Kalau hang marah kat laki hang pulak??? tentunya dari kebiasaan panggil dia abang hang akan teriak ...

Haha...kelakar lah mannak. Bini pekak bisu je kalau jenis x penah marah ke laki.sesungguhnya aku insan biasa mannak. Xmcm hang...penghuni syurga firdausi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 10:06 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 9-5-2016 10:00 AM
Haha...kelakar lah mannak. Bini pekak bisu je kalau jenis x penah marah ke laki.sesungguhnya aku i ...

Betel ler tuh Manak cakap.........laki hang pun tak terlepas dari hampuk hang dalam istilah inggeris.......

Tapi Kalau dalam takda mood untuk bahasakan dia dalam terma inggeris...hang sebut jer namanya in full.....weiii  Dollah Bin HJ Sutun.........

Kan,kan,kan????


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:17 AM | Show all posts
reporter cari, harap next time buka thread begini di board parenting ya. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:48 AM | Show all posts
Mannak replied at 9-5-2016 07:20 AM
Bebola api pernah dengar tak????

Ya ada. Semasa menonton anime... Arigato
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:56 AM | Show all posts
nuryakmal replied at 9-5-2016 10:17 AM
reporter cari, harap next time buka thread begini di board parenting ya. thanks

Hang nie kemal, scope yang hang takda kuasa...hang sibukkan..itu tred luahan...sampai bergasak comolot bersilang kata...hang buat bongok.....

Tuh cobbler  chief khadamnya...hang pi piat tinga dia please.......kalau sasha ada dah konfirm ramai penghuni tred Luahan tuh  kena ban tau...nanti Manak  takda Geng pulak, kan????


sabotage siot manakkkk....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.104761 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list