View: 2141|Reply: 3
|
Lemonade, Kesegaran Di Kala El Nino
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
(Sumber foto: Carian google)
Lemonade, bukanlah resipi yang sukar. Hanya gula, air dan juga jus lemon.
Namun, jika anda tidak siapkan ia dengan tepat, gula hanya mendap di dasarnya sahaja. Sebab itu kita harus menyiapkan sirapnya terlebih dahulu. Atau bahasa 'mak-mak' kita, buat air gulanya terlebih dahulu.
Memang sedap diminum ketika dahaga dan musim panas! Jom cuba.
Bahan-bahan:
1 cawan gula (anda boleh kurangkan menjadi 3/4 cawan)
1 cawan air (untuk dijadikan sirap)
1 cawan jus lemon (4 hingga 6 biji lemon)
3 cawan air kosong
Cara-caranya:
1. Pertamanya, sediakan sirap atau air gula terlebih dahulu. Masukkan gula dan ai ke dalam periuk dan panaskan seketika. Kacau hingga gula hancur dan sebati menjadi sirap.
2. Sediakan secawan jus lemon dengan 4 hingga 6 biji lemon.
3. Masukkan jus lemon tadi dan juga sirap ke dalam jag. Campurkan juga 3 cawan air kosong. Kacau hingga sebati, tambahkan lebih air lagi jika anda ingin kurang manis.
4. Simpan dalam peti sejuk dan hidang dengan hirisan lemon di dalamnya. Sangat segar! - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
for instant.. buat lemon syrup terus. nak guna bila2, just take out the syrup mix with ice/hot water, atau ice cream soda, siap.
Lemon syrup, lemon hiris nipis2 campur dgn gula. nisbah 1 lemon, 1 cup of sugar. gaul2 put in container. masukkan dlm peti sejuk, boleh simpan berbulan2. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sedap buat air limau, blender sekali limau dgn kulit nyer. Mmg sedap. Letak asam masin. Lagi meletop letop. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau blend skali dengan kulit tak pahit yea? tak penah buat sebab takut pahit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|