Oleh Izzah Abbasy
Dalam keadaan cuaca panas pastilah laku jus tembikai laici di mana-mana restoran kan?
Ala, apa kata sekali sekala buat sendiri di rumah. Boleh minum puas-puas dengan lambakan laici dalam gelas.
Sangat mudah disediakan dan benar-benar puas dinikmati dan menghilangkan dahaga. - CARI Infonet
Bahan A
1/2 biji buah tembikai - ambil isinya
2 sudu makan gula
50ml air sejuk
isi laici
Bahan B
sirap laici dalam tin
1/2 sudu teh sirap ros
Cara persediaan :
1. Kisar tembikai, gula, buah laici dan air hingga halus.
2. Masukkan ke dalam jag dan masukkan bahan B. Kacau sebati dan sejukkan dalam peti ais.
3. Sedia untuk dinikmati.
|