Bulan puasa ni kalau dapat masak kuih sendiri lagi baik. kadang-kadang beli di pasar ramadhan, indah rupa dari rasa. Apa pun, terpulang pada tekak masing-masing. Ok, kat sini nak share resepi kuih paling senang nak buat.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
ubi keledek (kalau boleh yang isi kuning)
Tepung Gandum
Gula
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Rebus ubi keledek sampai empuk dan buang kulit
Lenyek sampai halus
Gaul dengan tepung gandum sampai boleh uli dan tak melekat pada tangan
Gentelkan adunan menjadi bulat dan buat satu lubang di tengah (macam dalam gambar di bawah)
Masukkan sedikit gula
Kemudian jadikan adunan tadi menjadi seperti gambar di bawah
Goreng dalam minyak yang sederhana panas supaya gula dalam ubi tadi cair semua.
Sedia untuk dihidang dan dimakan
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register