CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 6

Kenapa Wanita Gemuk Dan Nampak Cepat Tua Selepas Berkahwin? Ini Jawapannya

[Copy link]
Post time 13-6-2016 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Perkahwinan adalah impian setiap insan kerana ada keseoronokan dan kebahagiaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata saat dapat hidup bersama orang tersayang.


Disebalik keseronokan yang dikejar oleh setiap pasangan bercinta, kebanyakan wanita pula takut untuk berkahwin kerana risau badan akan gemuk dan muka akan nampak cepat tua. Lebih menyedihkan lagi ada golongan suami sanggup bermain kayu tiga dan bercadang mencari lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak secantik dulu lagi.


Tapi tahukan anda wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?






1. Menurut kajian jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. Layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anak menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya. Takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan selamba mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan tidur secukupnya.

4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… Nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua.


Wahai kaum suami, hargailah pengorbanan isteri anda dan sayangi lah mereka seperti mana saat anda bercinta dahulu. Kesimpulannya disini, wanita lebih cepat nampak tua dan cepat gemuk semuanya gara-gara suami. Jadi, janganlah sesekali berubah hati atau memasang niat untuk mencari wanita lain.


Buat kaum wanita pula, janganlah risau dan terlalu memikirkan tentang masalah yang bakal dihadapi. Bukan semua lelaki tidak tahu menghargai, masih ramai lagi lelaki yang setia dan sanggup sehidup semati. Apa yang penting, berusaha lah juga mencantikkan diri untuk suami tercinta. Kata orang, "give and take" kan.  -  CARI Infonet.







Sumber - OhMedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 02:55 PM | Show all posts
klu anak br sorg dua biasanya bukan wanita yg bergelar ibu tu ttp akan maintained jugak ke
xdelah sekurus ms anak dara tp xdelah gemuk ya hamats
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dulu2 cantik je bodyshape diorg,ank berderet gak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 05:01 PM | Show all posts
risalah ni macam dari seorang isteri yang merintih
bg aku gemuk ni punca senang je
hantu ais, makan byk, pantang kene panas, xnk bersenam
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 10:27 PM | Show all posts
aku ingatkan saintifik tadi, rupanya luahan perasaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 10:27 AM | Show all posts
sadis sgt laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074378 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list