CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 2

Nasi Beriani Untuk Berbuka, Mesti Jadi Punyalah!

[Copy link]
Post time 14-6-2016 02:38 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA




Sumber foto: Carian google





Nasi beriani tak dapat dinafikan lagi merupakan menu yang sering dicari-cari sebagai juadah berbuka puasa.




Namun, tahukah anda menyediakan ia sendiri taklah sesukar mana, meskipun bahan yang digunakan agak banyak.




Jangan risau, ikuti langkah satu persatu di bawah yang dipetik dari laman Resipi Bonda. Mesti jadi punya!




Bahan-bahan:


4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan
100 gm kismis
100 gajus, digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis (Kisar)


6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia


Rempah Tumis


30 gm rempah briyani
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

Cara Memasak :


1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus.


2. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepikan dulu. Goreng buah gajus ditos dan ketepikan.


3. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yang dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .


4. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan bolehlah dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan.


5. Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna elektrik.


6. Bila nasi dah masak boleh lah di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dengan buah gajus serta dikacau rata kemudian bolehlah ditutup suis periuk nasi ini. - CARI Infonet




Sumber resipi: Resipibonda.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 07:10 PM | Show all posts
....apa pun nmpak sodap di bulan puasa nie .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rempah briyani shams sodappp.
terliur pulak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.304212 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list