Oleh Izzah Abbasy
Ramai yang cuba berubat dengan pakar-pakar perubatan Islam kerana tidak tahu bagaimana ingin merawat sendiri.
Sebenarnya rahsia merawat dengan surah Al-Fatihah sangat mudah.
InshaAllah, jika kita bersungguh-sungguh dan yakin, pasti kuasa surah Fatihah ini mampu menyembuhkan sakit yang dialami.
Bagaimana caranya?
1) Baca surah Fatihah dan sampai pada "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in" ulang sebanyak 7 kali.
2) Ambil tangan kanan letak ke atas dada. Baca ayat di atas 7 kali. Tarik nafas, pejam mata, niat dalam hati jika ada sakit, minta Allah sembuhkan.
"Ya Allah, hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan"
Mengadulah pada Allah sakit yang ditimpa dan hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkannya.
Barangsiapa yang membaca ayat ini, jika tak sakit ia akan jadi antiobitik. Kalau ada sakit, anda akan muntah. Cubalah, InsyaAllah - CARI Infonet |