CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
Post time 16-3-2009 07:27 AM | Show all posts
Singapura : 16 Mac 2009         
   
PROSES JUAL BELI FLAT HDB KINI LEBIH CEPAT

DALAM masa tiga minggu sudah boleh mendapat tarikh temu janji pertama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Enam minggu kemudianya pula sudah boleh menerima kunci dan berpindah ke rumah idaman.

Proses jual beli yang lebih cepat kini dibolehkan dek pasaran flat jualan semula yang terus lembap dek kegawatan ekonomi yang terus berlarutan.

Bagi ejen perumahan, proses jual beli lebih cepat itu bermakna mereka boleh meraih komisen lebih awal.

Seorang ejen perumahan, Encik Ahmad Ibrahim, menyatakan beberapa pelanggannya kini diberi masa menunggu hanya tiga minggu bagi janji temu pertama.

'Dahulu, biasanya enam minggu bagi janji temu pertama dan lagi enam minggu bagi janji temu kedua atau yang terakhir.

'Proses lebih cepat ini adalah kerana pasaran jualan semula agak lengang,' tambahnya.

Tempoh menunggu bagi janji temu kedua biasanya mengambil masa enam minggu bagi membolehkan HDB memproses transaksi jual beli.

Perangkaan HDB menunjukkan bahawa sebanyak 6,358 permohonan jualan semula bagi pelbagai flat didaftarkan pada suku pertama tahun lalu.

Ia kemudian meningkat kepada 7,763 permohonan pada suku kedua dan terus naik kepada 8,112 permohonan pada suku ketiga dan tiba-tiba merosot kepada 6,186 permohonan pada suku keempat.

Ini bermakna jumlah permohonan telah merosot sekitar 2,000 pada suku keempat tahun lalu berbanding suku ketiga sebelumnya.

Justeru, tidak menghairankan jika bahagian jualan semula HDB lengang dengan berkurangnya jumlah permohonan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 07:18 AM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 27 Mac 2009        
  
PROJEK BTO BARU DI PUNGGOL TAWAR FLAT PADA HARGA LEBIH RENDAH


LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam melancarkan projek perumahan pertama di Punggol bagi tahun ini, yang menawarkan 413 unit flat empat bilik dan 106 unit flat lima bilik.

Dinamakan The Nautilus @ Punggol, flat standard projek dilaksana di bawah sistem Bina Ikut Tempahan (BTO) itu dijual antara 10 dengan 16 peratus lebih ren dah daripada flat BTO lain di kawasan Punggol, seperti Punggol Arcadia dan Punggol Regalia.

Ini disebabkan lokasi dan reka bentuk pembinaannya.

Ia terletak dekat simpang Punggol East dan Punggol Field serta di antara dua stesen LRT, Riviera dan Coral Edge.

Harga flat empat bilik daripada $228,000 hingga $274,000 seunit, sementara harga flat lima bilik daripada $305,000 hingga $357,000 seunit.

Saiz flat di situ itu lebih kecil, dengan keluasan antara 92 dengan 93 meter persegi bagi flat empat bilik dan 112 dengan 113 meter persegi bagi flat lima bilik.

Sebanyak lapan blok akan dibina bagi kesemua 519 unit flat yang ditawar.

Ia bersebelahan Punggol Plaza dan berhampiran beberapa sekolah, seperti Mee Toh School, Sekolah Rendah Greendale dan Sekolah Menengah Greendale.

Namun, ia jauh sedikit dari pusat bandar Punggol dan nada pengangkutan utama, berbanding Punggol Arcadia dan Punggol Regalia.

Dalam satu kenyataan semalam, HDB menyatakan harga flat di situ lebih rendah daripada harga flat serupa di pasaran terbuka agar ia mampu dibeli pembeli flat kali pertama.

Antara sebab lain yang diberi HDB ialah perbezaan reka bentuk dan ciri-ciri flat standard The Nautilus @ Punggol, yang lebih sederhana berbanding Punggol Arcadia dan Punggol Regalia.

Dua projek terdahulu itu adalah projek premium dengan reka bentuk dan hiasan dalaman lebih menarik.

Selain menikmati subsidi pasaran yang tinggi, pembeli kali pertama dengan pendapatan purata keluarga $5,000 sebulan atau kurang layak menerima Geran Perumahan Tambahan (AHG) sehingga $40,000.

AHG boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah cengkeram pertama.

Mereka yang berminat membeli flat di The Nautilus @ Punggol boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman www.hdb.gov.sg dari sekarang hingga 8 April.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 10:30 AM | Show all posts
A FIVE-ROOM flat at Block 131B, Kim Tian Road, fetched a princely $658,000 on the resale market recently - more than what it may cost to get a private apartment in Loyang.
[table=120][tr][td]Related link:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 12:59 PM | Show all posts

Berita Harian...

Singapura : 18 April 2009        
  
FLAT ALA KONDO RANCANG TARIK PEMBELI MELAYU

Pemaju yakin ciri-ciri dan kemudahan Natura Loft sesuai dengan cara hidup Melayu

Oleh
Atiyyah Mohd Said


JIKA anda inginkan kediaman yang indah, nyaman dan mesra alam, projek pembangunan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang direka, dibina dan dijual oleh pemaju swasta, DBSS, di Bishan mampu menawarkan semua ini.

Natura Loft merupakan satu-satunya projek DBSS yang menerima status tanda hijau atau Green Mark oleh Penguasa Bangunan dan Binaan kerana inovasi mesra alam yang menyerlah.

Bangunan-bangunan yang menerima status ini selalunya membantu para penghuni mengurangkan bil elektrik dan air, sekali gus meninggalkan kesan positif terhadap nilai jual semula.

Flat HDB tetapi berkonsepkan kondominium itu menawarkan 480 unit empat bilik dan lima bilik.

Ia merupakan projek DBSS yang pertama menampilkan rekaan lantai bambu bermutu tinggi yang lebih kukuh dan mengelakkan daripada serangan anai-anai.

Satu lagi ciri menarik ialah semua unit menghala ke utara atau selatan, lantas para penghuni tidak terlalu bimbang tentang pancaran matahari semasa ia terbit di samping dapat menikmati kitaran udara semula jadi serta sistem alat hawa dingin yang jimat tenaga.

Menurut Timbalan Pengurus Kanan Qing Jian Realty Pte Ltd, Encik Li Jun, projek itu kini disasarkan kepada golongan masyarakat Melayu.

'Kami yakin kami dapat menarik para pembeli Melayu kerana bukan mudah mencari flat point-block yang ada empat unit di setiap tingkat dan tiga lif berkhidmat untuk mereka, sama seperti akses lif privet.

'Selain itu, kami juga mempunyai rekaan terbaik mirip kondominium, dengan semua bilik tidur menghala ke satu arah sementara dapur dan tanda menghala ke arah yang bertentangan,' kata Encik Li.

Apabila ditanya apakah antara aspek menarik yang mungkin menambat hati para pembeli Melayu, Encik Li berkata Natura Loft memiliki sekitaran yang aman kerana ia dikelilingi hartanah berhalaman dan kondominium mewah.

'Ia juga memiliki kemudahan seperti pavilion yang memudahkan orang Melayu mengadakan majlis perkahwinan, balkoni dan kawasan menanam yang luas lantas memudahkan mereka menghias rumah semasa Hari Raya dan berdekatan dengan Pusat Islam dan masjid.

'Kemudahan lain yang boleh memanfaatkan semua juga termasuk sudut bersenam, pit BBQ dan landskap yang indah agar para penghuni dapat berlari-lari anak dengan tenang,' tambahnya.

Encik Li menambah, keselesaan dan keselamatan para penghuni turut diberi perhatian semasa mereka desain flat itu kerana lif-lif di flat tersebut adalah sehingga ke tempat meletak kereta di aras paling bawah.

Mengenai respons yang diterima bagi projek tersebut, Encik Li berkata sejauh ini 70 peratus daripada keseluruhan unit sudah pun terjual.

'Setiap minggu sekitar 30 hingga 40 unit terjual. Kami agak berpuas hati dengan sambutan baik daripada orang ramai. Unit lima bilik kami sudah pun separuh terjual dan berharap akan terus menerima respons yang baik kerana lokasi Natura Loft yang sesuai untuk mereka yang ingin dekat dengan kemudahan pengangkutan seperti stesen MRT Bishan dan Marymount, pusat tukaran bas serta keperluan asas lain seperti sekolah dan pusat beli-belah Junction 8,' jelasnya.

Apabila ditanya pendapatnya bahawa penjualannya akan terjejas dengan pasaran kondominium privet yang dijual pada harga lebih rendah, Encik Li berkata kebanyakan kondo itu terletak di kawasan luar bandar seperti Jurong, Choa Chu Kang dan Sengkang.

'Lantaran itu, dari segi lokasi, ia tidak boleh dibandingkan dengan Bishan yang mempunyai harga jual semula tertinggi dalam pasaran jual semula HDB,' ujar beliau lagi.

Natura Loft dijual pada harga bermula $418 sekaki persegi dan dijangka siap pada 2011.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:46 AM | Show all posts
HDB receives 178 applications so far for Lease Buyback Scheme
By Pearl Forss, Channel NewsAsia | Posted: 19 April 2009 1713 hrs

  

SINGAPORE : The Housing and Development Board (HDB) has received 178 applications since the Lease Buyback Scheme was launched last month.

It is a scheme which helps seniors monetise their flats.

With the Lease Buyback Scheme, seniors will now be able to receive a monthly payout of a few hundred dollars and continue living in their flats for 30 years after they sign up.

The scheme helps cash-poor, asset-rich seniors unlock the value of their properties.

To be eligible, you have to be at least 62 years old, live in a three-room or smaller flat, have a household income of less than S$3,000 and have not owned private property or larger flats before. Twenty-five thousand households in Singapore are eligible for the scheme.

So far, 80 per cent of these households have been informed of the scheme through door-to-door visits and outreach programmes like the one held in Ang Mo Kio on Sunday morning.

Prime Minister Lee Hsien Loong said: "I know that those who are living in four-room flats, five-room, bigger flats have asked to participate in the scheme also. This is something that we can consider later on.

"But right now, to start the programme, I think we start with the three-room flats. I think this is the group who need it most and whom we should focus on. Get the scheme working, then we can think of improving it later on."

Mr Lee added : "This is an option, which if you like, if it suits your circumstances, you take it, it is available. But if you have other choices, your children can look after you, or you can rent out the flat, then by all means take up the other choices."

More information about the scheme is available from HDB's branch offices or its website. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:48 AM | Show all posts
Sembawang GRC to have cycling track linking all wards by 2012
By Teoh Song Keng/Timothy Ouyang, Channel NewsAsia | Posted: 19 April 2009 2227 hrs



SINGAPORE : Residents living and working within Sembawang GRC could save on travel costs by cycling.

By 2012, there will be a 23-kilometre cycling track linking all the wards within the constituency.

Health Minister Khaw Boon Wan, who is also an MP of the GRC, launched the 7.4-kilometre Sembawang-Woodlands New Town leg of the track on Sunday morning.

The entire track will cost S$6.3 million to construct.

Touching separately on the issue of food hygiene, Mr Khaw said hawkers should work together with the relevant authorities to ensure higher standards of sanitation.

He added that nine in 10 food stalls at hospitals currently have either an 'A' or 'B' hygiene grading.

Mr Khaw said: "When everyone is 'A' or at least 'B', then in fact we can make that as a condition for renewal of tender - that is, if you want to renew tender, or you want to take part in a tender, you must deliver this standard of hygiene minimum." - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2009 03:52 AM | Show all posts

sambung #1206

Bike links for Sembawang
By Judith Tan


         
'Many of the Chinese new citizens still carry on their way of life here - by cycling everywhere. This track helps facilitate this healthy lifestyle,' Mr Khaw (left) said. -- ST PHOTO: CHEW SENG KIM

RESIDENTS living within the different wards of the Sembawang GRC will soon be linked via a single 23-km cycling track.

The track, costing about $6.3 million, will be competed in 2012, with Yishun Ring Road being the last leg of the project.

'Nurses living in the outlying areas can then ride all the way to work at the Khoo Teck Puat Hospital and home,' said Health Minister Khaw Boon Wan on Sunday morning.

Mr Khaw, who is also an MP of the Sembawag GRC, was launching the Sembawang-Woodlands New Town leg of the cycle track, completed this month.

The 7.4 km track, built at a cost of $2.8 million to provide separate paths for cyclists and pedestrians and prevent mishaps between the two.

'Many of the Chinese new citizens still carry on their way of life here - by cycling everywhere. This track helps facilitate this healthy lifestyle,' Mr Khaw said.

Resident Ong Lee Lee, 67, welcomed the new track, which joins Sembawang Town to Woodlands Town.

Being an elderly with bad knees, I often have difficulties jumping out of the way of oncoming cyclists. It was so dangerous,' she said.

Results of a survey conducted in 2007, and feedback from the grassroots had established that there is the significant cycling population in the GRC had warranted a the provision of cycling infrastructure in the area.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:35 AM | Show all posts
Singapura : 20 April 2009         

SKIM BELI BALIK PAJAKAN

HDB SUDAH MULA TERIMA PERMOHONAN

PM Lee galak warga tua manfaatkan skim

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah mula menerima pendaftaran bagi Skim Beli Balik Pajakannya (LBS) apabila sebanyak 178 permohonan daripada warga tua diterima sejak ia dilancarkan bulan lalu.

Bahkan, bayaran pertama bagi skim itu dijangka dibuat bulan depan bagi kumpulan pemohon pertama yang berjaya dalam skim tersebut.

Para pemohon itu, yang berusia 62 tahun ke atas dan memiliki flat tiga bilik atau lebih kecil, ingin memanfaatkan skim yang memberi mereka kestabilan kewangan sekitar $500 sebulan sepanjang hayat - tidak termasuk $5,000 yang diberikan secara pukal oleh pemerintah sebaik menyertainya.

Sekitar 25,000 pemilik flat ketika ini layak memanfaatkan skim LBS itu. Oleh kerana ia masih merupakan skim baru, HDB sedar ramai yang belum tahu tentang manfaatnya.

Namun HDB menerusi usaha-usahanya telah pun mendampingi sekitar 81 peratus keluarga yang layak dan akan meneruskan usaha tersebut demi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Berucap kepada penduduk GRC Ang Mo Kio di sesi penerangan skim tersebut di Politeknik Nanyang, semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau menggalak warga tua supaya memanfaatkan skim tersebut.

'Menerusi skim ini anda akan menikmati pendapatan tetap dan pada masa yang sama terus tinggal di flat yang sama, menikmati sekitaran yang sama. Anda tidak perlu pindah,' ujarnya.

Namun, beliau menekankan pemerintah tidak memaksa warga tua untuk menyertai skim itu sekiranya mereka tidak memerlukannya.

'Jika anda punya pilihan lain, contohnya anak-anak boleh menjaga anda atau anda boleh menyewakan flat anda, buatlah keputusan yang wajar, anda tidak perlu menyertai skim ini.

'Tetapi suatu hari nanti jika anda memerlukannya, skim ini tetap ada. Anda tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan,' tambahnya.

Sekitar 3,600 warga tua yang memiliki flat tiga bilik atau lebih kecil di GRC Ang Mo Kio layak mengikuti skim tersebut.

Daripada jumlah itu, 2,800 daripadanya menetap di kawasan Ang Mo Kio sementara 800 lagi di Yio Chu Kang.

Encik Lee juga berkata, pemerintah akan menimbangkan saranan agar LBS diluaskan kepada warga tua yang memiliki flat-flat empat dan lima bilik.

'Kita boleh menimbangkannya tetapi buat permulaan kita mula dahulu dengan flat tiga bilik dahulu bagi mereka yang telah memiliki flat ini pertama kali dan berusia 62 tahun ke atas.

'Kita pastikan skim ini berjalan dan kita akan fikirkan cara meningkatkannya nanti,' katanya.

Di bawah LBS, HDB akan membeli balik baki nilai pajakan flat - dan menjadikan tempoh pajakan si pemilik lebih singkat, iaitu 30 tahun.

Pemerintah memberi subsidi $10,000 kepada pemilik yang menyertai LBS namun separuh daripada jumlah itu dimasukkan ke Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pembelian Anuiti Segera bagi membolehkan warga tua menikmati pendapatan tetap selama hayat mereka.

Mereka yang ditemui Berita Harian semalam rata-rata menunjukkan sikap 'tunggu dan lihat' mengenai skim LBS itu.

Bagi Encik Bakar Karim, 62 tahun, beliau tidak bercadang memanfaatkan LBS pada masa ini kerana masih mampu menyara hidup.

'Saya dan isteri masih bekerja jadi kami tidak rasa ia satu pilihan buat masa ini,' ujarnya yang menetap di flat tiga bilik di Ang Mo Kio Avenue 5 sejak 1980.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 03:30 PM | Show all posts
April 24, 2009

HDB resale flats lose shine


PRICES of Housing Board (HDB) resale flats fell by 0.8 per cent in the first quarter, more than the 0.6 per cent that was earlier estimated, putting an end to its record run since 2006.

And this comes after an increase of 1.4 per cent in the fourth quarter of last year.

In the wake of the falling prices, resale transactions rose by 4.2 per cent - from 6,186 cases in the previous quarter to about 6,446 cases in the first three months of this year. Compared to the same quarter a year ago, the increase is slightly lower at 1.4 per cent.

The median Cash-Over-Valuation (COV) amount, which has been been declining in all resale transactions since the first quarter of last year, continued to tumble in the first quarter. In tandem with the downward trend, cases transacting above valuation also dropped from 85 per cent of all resale transactions in the fourth quarter to 62 per cent in the latest quarter.

The remaining 38 per cent transacted either at or below valuation, said the HDB on Friday.

In the first quarter, the HDB launched about 1,300 new flats in two Build-To-Order projects in Punggol and Woodlands.

Subject to demand, the board said it plans to launch another 2,400 BTO flats over the next six months, of which about 1,000 are three-room

and smaller flats. The bulk of the new flat supply would be in Punggol to build up the critical mass of the town.

Sublet rents for HDB flats also fell in the first quarter by $100 to $200 for four-room and larger flats, but stayed the same as the previous quarter for the smaller flats.

There were also fewer sSubletting transactions, which fell by 4.3 per cent from 3,685 cases in the 4th quarter to 3,525 cases in the last three months.

But the total number of HDB flats approved for subletting rose to about 22,800 units, compared to about 22,200 units in the earlier quarter.

The latest numbers underline the worsening recession which has hit the HDB market sooner than expected.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 03:34 PM | Show all posts
April 24, 2009
Private home prices fall

By Joyce Teo


There were 64,152 private residential units in the pipeline for the quarter, comprising supply from projects that were already under construction and those that had been granted planning approval but were not under construction yet. -- ST FILE PHOTO

PRIVATE home prices in Singapore slumped 14.1 per cent in the first quarter of 2009, compared with a 6.1 per cent slide in the fourth quarter of last year.

This is the largest decline since the Urban Redevelopment Authority started compiling price index in 1975. The fall, according to URA data released on Friday, is worse than an initial estimate of 13.8 per cent.

Private home prices started falling in the third quarter of last year, after climbing for more than four years, URA data showed.

The fall in private home rents also gathered pace, sliding 8.5 per cent in the first quarter, compared with a 5.3 per cent decline in the previous quarter.

In the Housing Board market, resale prices edged lower by 0.8 per cent in the first quarter as it reversed its direction from a 1.4 per cent rise in the previous quarter. Initial estimate showed a 0.6 per cent fall.

Prices for apartments in the so-called core central area dropped 16 per cent last quarter and retreated 17 per cent elsewhere in central Singapore.They fell 7.3 per cent across other parts of the island, said the URA.

In the first quarter, there were 64,152 private homes planned that were being built or had received planning approval from the government. That is a 1.3 per cent decline from the previous three months.

Landed properties also took a big hit, falling by 9.2 per cent in the quarter, compared with the drop of 4.8 per cent in the previous quarter. Prices of detached, semi-detached and terrace houses fell by 10 per cent, 7.5 per cent and 9.1 per cent respectively.

Private residential rents also declined 8.5 per cent, accelerating from a 5.3 per cent retreat in the previous quarter, the URA data showed.

Office rents also dropped 11 per cent, compared with 6.5 per cent the previous three months, while rents for retail and industrial space declined 3.3 per cent and 5.6 per cent, respectively.

Home-buyers can view the data on individual uncompleted private residential projects at: http://www.ura.gov.sg/realEstateWeb/price.jsp. The database also provides information on projects with units still available for sale.

Besides the data on the sale of uncompleted units direct from developers, homebuyers can also access information on all private residential property transactions on URA's website at http://www.ura.gov.sg/realEstateWeb/transaction.jsp.

This database, which is based on caveats lodged with the Singapore Land Authority (SLA), contains comprehensive information on the prices and floor areas of the units.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:55 AM | Show all posts
"Good Neighbour Award", "HDB Guidebook" launched to promote harmonious HDB living
By Lynda Hong, Channel NewsAsia | Posted: 27 April 2009 0003 hrs



SINGAPORE: With Singapore becoming more populated, there is an increasing need to make living in HDB flats more enjoyable.

For most HDB residents, loud music is a nuisance. But sometimes telling your neighbour off can be difficult.

In fact, some MPs - who are also advisers to the Workgroup on "Promoting Better Social Behaviour" - have noticed reduced communication between residents.

To deal with those who deliberately disrupt the peace, a new penalty framework will be implemented in the third quarter of 2009.

Details such as demerit points and fines are being worked out.

Grace Fu, Senior Minister of State for Education and National Development, said: "We need to have something that is probably, would make people think twice before they continue with the behaviour. So that is the reason why we suggested some sort of a moderate penalty system."

And to encourage neighbourly relations, HDB has come out with the "Good Neighbour Award" and "HDB Guidebook".

Nominations for the "Good Neighbour Award" will open from 1 May to 31 August in all 81 constituencies.

Come end-May, some 800,000 households living in HDB flats islandwide can find a copy of the "HDB Guidebook" in their mailboxes.

Another 100,000 copies will be given out to potential flat buyers when they apply for a flat at the HDB Hub.

Channel NewsAsia understands that a majority of the 680 cases handled last year by the Community Mediation Centre were on neighbourly disputes.

The Centre handles an average 600 cases annually.

- CNA/ir
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:50 AM | Show all posts
Bubble lifts in HDB estates
By Yeo Sam Jo


Residents of Block 46 at Owen Road have been enjoying the view from their very own glass lift. -- ST PHOTO: LAU FOOK KONG

ONCE found only in places like shopping malls and hotels, bubble lifts are going up in the world at Housing Board blocks.

Since January, residents of Block 46 at Owen Road, near Farrer Park, have been enjoying the view from their very own glass lift - the first of its kind in an HDB block.

As part of HDB's Lift Upgrading Programe (LUP), four other blocks in the precinct will be fitted with ten such lifts, which will be ready for use by July.

These lifts are different from conventional ones as they have transparent glass panels along their walls. Instead of being enclosed, they have a shaftless design.

As part of a pilot trial by HDB, the bubble lift will find its way to 19 HDB blocks in areas such as Jurong East Street 24, Buffalo Road in Little India and Sims Drive in Aljunied.

Depending on the residents' receptiveness as well as the lift performance, bubble lifts might be popping up all over Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 08:39 PM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 9 Mei 2009        
  
1,350 FLAT DIPULANGKAN KERANA PINJAMAN GAGAL DILUNAS


Maliki nasihati pemilik yang hadapi masalah pembayaran bertemu HDB

Oleh
Hisham Hasim

SEJUMLAH 1,350 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terpaksa dipulangkan semula kepada HDB sejak 2005 ekoran kegagalan para pemiliknya melunaskan pinjaman ansuran flat mereka.

Bahkan, kini terdapat sekitar 6,500 keluarga yang menghadapi masalah tunggakan pinjaman bagi tempoh lebih dua hingga empat tahun.

Tahun lalu, para pegawai HDB pula telah mengadakan lebih 60,000 lawatan ke rumah bagi kes tunggakan bayaran dan menjalankan lebih 35,000 sesi temuduga dan kaunseling mengenai masalah tersebut.

Oleh itu, pemilik rumah yang berhadapan dengan masalah pembayaran flat tertunggak dinasihati supaya bertemu dengan pihak HDB dengan segera, demikian gesaan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau berkata, mereka yang terjejas tidak harus berlengah mendapatkan bantuan supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi semakin buruk.

'Kami maklum dalam kegawatan ekonomi kini mungkin segolongan daripada pemilik flat HDB terjejas dengan bayaran flat mereka.

'Kami faham keadaan mereka dan prihatin kerana situasi ini bergantung dengan sejauh mana kemelesetan ekonomi akan berlarutan,' kata Dr Maliki ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya baru-baru ini.

'Jika mereka dapat menghuraikan masalah yang dihadapi, umpamanya dengan mendapat pekerjaan segera, ia dapat diatasi.

'Masalahnya jika kesukaran yang mereka hadapi bersifat jangka panjang, mereka akan menghadapi masalah lebih besar, seperti ekuiti negatif,' kata Dr Maliki.

Ekuiti negatif merupakan keadaan nilai flat pemilik berada lebih rendah daripada pinjaman rumah yang diambil mereka.

Jika pemilik itu menjual flatnya dalam keadaan ekuiti negatif, mereka menghadapi masalah masih berhutang dengan HDB.

Yang menjadi keperihatinan ialah apabila golongan yang terjejas itu terus mendiamkan diri dan enggan berunding dengan HDB mengenai cara melunaskan bayaran pajakan, dan kemudian diberi surat Compulsory Acquisition (CA) - menandakan flat mereka akan ditarik balik.

Berita Harian difahamkan bahawa jika pemilik menerima surat penarikan CA itu, mereka mungkin diberi tempoh hanya sebulan untuk keluar rumah. Pemilik juga perlu membayar pelbagai kos termasuk guaman.

Penilaian harga pasaran bagi flat yang terjejas akan dibuat dan pihak HDB akan memberi pemilik pampasan sebanyak 90 peratus daripada nilai rumahnya.

Untuk mengelak timbulnya kesudahan sedemikian, Dr Maliki berkata beberapa langkah boleh diambil.

Pertama, pemilik boleh mengemukakan rayuan kepada HDB agar mengurangkan bayaran ansuran bulanan flat buat sementara, sekali gus dapat 'menyelamatkan' flat itu daripada dijual atau dirampas.

Kedua, pasangan suami isteri perlu komited mendapatkan pekerjaan sesuai bagi menampung perbelanjaan rumah yang semakin meningkat.

Ketiga, jika mereka perlu menjual flat atau jika ia dirampas, mereka harus bertemu anggota keluarga atau saudara-mara terdekat dan mendapatkan bantuan mereka untuk berteduh di rumah mereka buat sementara sehingga mendapat flat lebih kecil.

'Mesej yang penting di sini ialah anda sebagai pemilik flat harus bijak merancang dan membeli mengikut kemampuan.

'Kita mempunyai seminar-seminar jual beli dan memastikan ejen perumahan kita sekarang bertauliah dan terlatih, lantas memberi nasihat berguna kepada pembeli,' kata Dr Maliki.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 08:40 PM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 9 Mei 2009         
         
SIRI CERAMAH JUAL BELI FLAT


LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menganjurkan siri ceramah jual beli flat awam dalam bahasa Melayu bermula 16 Mei ini.

Ini merupakan tahun kedua seminar sedemikian dianjurkan demi mendekati orang ramai dan mendidik mereka tentang perihal jual beli flat awam.

Tahun ini HDB akan meningkatkan usahanya mendekati masyarakat Melayu dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA) dan Kelab Masyarakat Tampines North untuk memulakan Siri Ceramah Jualan Semula Flat itu.

Berjudul 'Perihal Jual Beli Flat - Dengarkan daripada HDB', siri itu bertujuan mendidik masyarakat Melayu dan menyediakan wadah untuk mereka mendapatkan maklumat langsung daripada HDB.

Selain isu-isu berkaitan jual beli flat, peserta juga akan diajar mengenai pengurusan dan perancangan kewangan.

Setiap peserta akan diberi pakej maklumat mengandungi nota serta pelbagai jawapan kepada soalansoalan berkaitan jual beli flat awam.

Sesi pertama pada 16 Mei akan menyentuh tentang dasar dan prosedur berkaitan jual beli flat.

Sesi kedua pada 30 Mei pula akan membincangkan tentang perancangan kewangan dan Surat Kelayakan Pinjaman HDB.

Sesi terakhir pada 13 Jun pula akan menyentuh tentang penggunaan pilihan (opsyen) untuk membeli dan panduan senarai semakan.

Kesemua sesi akan berlangsung di Kelab Masyarakat Tampines North dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bayaran pendaftaran bagi setiap sesi ialah $5 bagi ahli kad PAssion, dan $10 bagi bukan ahli.

Setiap sesi dihadkan kepada 50 peserta sahaja.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi www.one.pa.gov.sg atau di salah satu kelab masyarakat serata Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:59 PM | Show all posts
Pinnacle@Duxton holds two world records
Posted: 11 May 2009 2137 hrs




SINGAPORE: The Pinnacle@Duxton residential project holds two world records for the longest sky-garden and the heaviest skybridge.

The popular residential project, which includes a roof-top garden, will have a total of 12 skybridges.

Each bridge weighs 354 tonnes which is equivalent to the weight of a Boeing 747.

Contractors used heavy duty hydraulics to push the bridges in place.

The bridges will be lifted to the 26th and 50th floors at 12 to 15 metres per hour.

So far four skybridges have been installed.

The Pinnacle@Duxton will have a total of 1,848 units and will be ready by year-end.

HDB said all the engineers, consultants and contractors working on the project are Singaporeans and this in itself is a landmark in the local construction industry. - CNA/vm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.412776 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list