View: 1850|Reply: 2
|
Kira-kira 400 Ekor Labi-Labi Menguasai Lapangan Terbang John F. Kennedy!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Setiap tahun selepas mengawan, labi-labi yang habitat asalnya di Jamaica Bay akan bertelur dalam tempoh sebulan dengan kemuncak musim itu berlaku pada pertengahan Julai dan kebanyakan haiwan berkenaan bertelur berhampiran lapangan terbang.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/21/173032cqv7cdt1dkuw71zt.jpg)
Susulan itu, sejak bulan ini, kira-kira 400 ekor labi-labi kelihatan muncul di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.
Akibatnya operasi penerbangan pesawat termasuk operasi beberapa buah jet penumpang terjejas.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/21/173044gdyd9ll2lu9lrq3q.jpg)
Menurut Ketua Biologi Hidupan Liar Pihak Berkuasa Pengangkutan New York dan New Jersey, setiap benda boleh dianggap berbahaya kepada kapal terbang termasuk labi-labi.
"Labi-labi yang dikesan berada di kawasan landasan akan diperiksa, diletakkan tanda sebelum dikembalikan ke habitat asal."
Menurut pihak pengurusan lapangan terbang, Lembaga Pengangkutan New York dan New Jersey, labi-labi jenis diamondback terrapin yang boleh hidup di habitat air tawar dan air masin dikesan memasuki kawasan sempadan lapangan terbang yang mempunyai permukaan berpasir untuk bertelur dan membina sarang.
Malah, ada antara reptilia itu merangkak memasuki kawasan landasan dan laluan pesawat sehingga memaksa penerbangan ditunda beberapa minit sementara pekerja mengalihkan haiwan berkenaan.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/21/173237uz2nxnxbopg5pgbo.jpg)
Tahun lalu, penghadang plastik yang dipasang untuk menghalang labi-labi daripada memasuki kawasan lapangan terbang menemui kegagalan.
Ketika itu, sebanyak 163 ekor labi-labi ditemukan dalam lapangan terbang dengan beberapa ekor dijumpai di kawasan pembinaan landasan.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagu sudirman tu penyu menangis sie lah tahu![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian petugas pembersihan sebab nak kena pastikan tak ada yg terbabas masuk kawasan airport |
|
|
|
|
|
|
| |
|