CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 11

Gadis Britain Bersin 8,000 Kali Setiap Hari

[Copy link]
Post time 28-7-2016 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/



Masalah kesihatan yang dilihat semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak hari ini sebahagiannya adalah berpunca daripada persekitaran yang tidak sihat.


Persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan menjadi bertambah teruk terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai alahan.





sumber foto: google image



Menurut laporan DailyMail, bertempat di Essex, Britain terdapat seorang gadis bernama Ira Saxena yang kini berusia 9 tahun mula bersin sehari hampir 8,000 kali sejak hampir sebulan lepas.


Pakar perubatan yang merawatnya dikatakan bukan sahaja gagal mengenal pasti punca tabiat yang dialami gadis berkenaan, malah menafikan ianya disebabkan alahan atau alergi.







sumber foto: google image



Menurut ibu Ira, Priya, setakat ini masih tiada diagnosis yang sesuai untuk menerangkan gejala tersebut biarpun anaknya telah pun dibawa berjumpa doktor pakar kerajaan dan swasta.


Antara waktu Ira berhenti bersin hanyalah ketika tidur dan ketika menjalani rawatan terapi hipnoterapi.


"Ira cuba kembali ke sekolah namun hanya bertahan beberapa jam kerana dia tidak berhenti bersin."


Priya bersyukur kerana pihak sekolah memahami keadaan anaknya namun meminta pihak yang mampu membantu anaknya supaya tampil berjumpa mereka.


Pada 2009, seorang kanak-kanak dari Amerika Syarikat, Lauren Johnson berusia 12 tahun dikatakan bersin beribu-ribu kali selepas sistem imun mangsa 'rosak'.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab udara britain tak sesuai dengan dia la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:18 PM | Show all posts
kesian boleh pekak telinga neh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:54 PM | Show all posts
Rajin orang yang mengira kuantiti bersin mangsa itu.
Tapi simpati dengan dia, mesti sakit2 organ dalam badan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:28 PM | Show all posts
Seksanye tu..bersin resdung pagi2 pun sakit..ni kan 8000 kali sehari..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 05:11 PM | Show all posts
8000kali... xletih ke weyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2016 08:28 AM | Show all posts
adoi letih la gitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 02:50 PM | Show all posts
Moga berjumpa penawarnya nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2016 12:12 AM | Show all posts
kesian....sedu pon seksa...apatah lagi bersin.....

seksa yg bersin...seksa jugak yg mendengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersin kan best.. Lg2 bila bersin yg ala2 nk bersin x bersin tp bila bersin kuat.. Bebas, lepas gitu.. Tp kalo dh smpai 8000 sehari seksa jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 10:04 PM | Show all posts
Siannya. Bersin 4/5 kali pun dah penat ni plak 8000 kali sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 04:17 PM | Show all posts
anak-anak i mengikut bapaknya, bersin mesti lebih 3x dalam satu masa. paling banyak setakat ni 5x serentak. achumm achumm achumm achumm achumm pastu dorang pon gelak.

maknya tengok pon pelik sebab jenis jarang nak bersin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060057 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list