Jam hampir menunjukkan pukul 1130 malam. Hujan makin lebat.Seketika bunyi-bunyian tadi telah berhenti. Jai dan Sham kini menumpukanperhatian pada kerja-kerja akhir mereka.
“Jai..?”
“Ye Sham..”
“Kau dah setel?”
“Dah.. aku tengah dengar lagu”
“Jom teman aku gi pantry buat air jap”
“Jom..”
Jai dan Sham bingkas berjalan ke pantry yang terletak dibahagian belakang unit mereka.
“Macamana nak balik ni? Hujan makin lebat..” tanya Sham.
“Kena tunggula nak buat macamana…” balas Jai.
“Jom kita kemas sikit-sikit, benda2 kau print dah letak atasmeja bos?” tanya sham sambil berjalan kembali ke mejanya.
“dah, semua dah letak, kau punya pun da,” jawab Jai sambilmenutup lagi mejanya.
Jai dan Sham duduk di sofa sambil mengunyah kudapan yangdiambil dari pantry tadi.
“Jai.. kalau pukul 12 hujan tak berhenti, aku nak redah je…”
“Kau nak redah hujan lebat? Kau takde baju hujan?”
“Takde, aku pakai sweataer, beg letak dalam motor, pasturedahlah, esok cuti takpe,”
“Haa kalau camtu okla. Kita redah jela,”
Seketika terdengar bunyi printer berbunyi …..
Preett preitt preititt….
Shamz memfokuskan pendengarannya kepada bunyi printertersebut. Bunyi itu datang daripada printer berhampiran meja bos mereka. Meja bosmereka berada di sebelah hujung unit yang bertentangan daripada pantry. MejaJai dan sham terletak dibahagian tengah, Cuma bilik bos besar sahaja yangmenyebabkan meja bos mereka agak terlindung daripada sofa tempat mereka duduk.
“Jai… kau ada print apa2 ke?” tanya Sham sambil mata meliar kearah meja bosnya yang agak terlindung.
“Takde rasanya, jap.. aku check pc,” balas Jai sambil bangunke mejanya.
Sham bingkas bangun sambil memandang ke arah printer di mejabosnya. Jaraknya adalah dalam 4 meter tapi disebabkan ruang unit mereka agakbesar, bunyi printer tu jadi jelas, lagi-lagi kalau print banyak serentak. Shammelihat ada lampu hijau menyala menandakan printer sedang mencetak sesuatu.
“Sham… haha aku terlupa, sebelum ke pantry aku dah tutup pctadi,” jawab jai
“apa diaaa?!” terkejut muka sham mendengar jawapan Jai.
Sham melihat pc nya. Tiada apa yang pelik, semua applicationsudah ditutup. Sham terus shut down pc nya sambil tangannya ligat mengemas beg.
“Jai, … ko da kemas beg?”
“da.. tinggal nak gerak je japgi, tp hujan macam makin lebatje”
“Jai kemas beg and ikut aku jap…”
Sham terus berjalan sambil menyandang begnya sambil diikutiJai berjalan membontoti sham. Mereka berjalan ke arah printer tersebut.
“Jai kau tengok printer ni…”
Jai membelek printer tersebut.
“Takde apa pun yang di printkan. Mesin printer ni mmg jalansendiri ke?” tanya Jai.
Sham melihat ada dua helai kertas putih di output tray. Shammenganggap mungkin printer ni buat checkup or roller test kot. So, printer niroll sendiri kertas a4 dlm tray sbb tu ada dua kertas putih atas tu dan maybeitulah yang didengar mereka tadi.
“Maybe printer ni testing kot, ni kertas ni takde printpapepun…” Jawab Sham cuba menyedapkan hati dan tak mahu menarik perhatian Jai.
Sham sedar printer ni mmg bergerak sendiri tadi. Sebab diayang terakhir menggunakan printer tadi dan pasti tiada kertas lagi di atas traytersebut.
“Aku rasa mmg dia test la.. takpelah biar jela… takde apa lani..” kata Sham lagi.
“jai…. Jomlah.. kita gerak,” Sham memusingkan badan memalingke arah pintu keluar.
“Nak gerak dah?” tanya Jai yang bingkas mengikuti Sham daribelakang.
Sham dan jai bergerak beberapa langkah meninggalkan printertersebut.
“Eh! Jap.. jai..”
“Apesal?”
“Dah tutup suis printer?”
“belum..”
“Ko pergi tutup dulu, baru ktia gerak..”
Jai berpatah balik ke arah printer dan menundukkan badannyamencapai suis printer di belakangnya.
“Ok dah… jom,” kata Jai ssetelah menutup suis printer.
Jai menyertai sham yang menunggunya, setelah itu merekabergerak hampir ke bilik bos besar sebelum tiba-tiba mereka mendengar bunyi
Prettt… prettt… pretttpertt… preett… pretttpett… perettt…..prett priittett (bunyi printer mencetak kertas) Dengan pantas, Sham dan Jai berjalan laju, buka pintu unitdan berlari ke arah lif.
tamat
|