CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3327|Reply: 2

7 Resipi Minuman Berprotein Tinggi Untuk Anda Yang Sukakan Senaman

[Copy link]
Post time 2-9-2016 11:26 AM | Show all posts |Read mode

1. Mocha Protein Shake



Mocha Protein Shake ini sesuai diminum pada waktu tengah hari untuk boost up semula tenaga anda, terutama sejam sebelum ke gim.
1. Masukkan 1/2 cawan susu tanpa lemak dan tepung puding di dalam pengisar selama 2 minit hingga ia pekat.
2. Tambah kopi, 2 sudu serbuk whey protein perisa coklat dan 1 cawan ais, kacau sampai ia rata.
3. Kemudian boleh tambah hirisan coklat dan sedikit serbuk kopi untuk lebih rasa rangup.
2. Lassi Mangga Protein Shake

Lassi Mangga Protein Shake ini bukan saja berprotein tinggi tapi kaya dengan khasiat probiotik. Ia sesuai untuk penghadaman yang baik.
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 3/4 cawan potongan mangga, 3/4 cawan yogurt Greek, 1/2 cawan air sejuk, 1/2 sudu kecil jus lemon, 1/2 sudu kecil sirup maple, 1 sudu kecil whey protein perisa vanila, secubit serbuk buah pelaga.
2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian, tuang ke dalam gelas dan taburkan dengan 1 sudu kecil potongan kacang pistachios.
3. Creamsicle Oren Protein Shake

Hanya perlukan 5 minit untuk menyediakan Creamsicle Oren Protein Shake ini. Ia sesuai diminum pada waktu pagi atau selepas melakukan workout.

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1/2 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air, 85g jus oren pekat, 1/2 pisang, 1 sudu kecil madu, 3-5 ais kiub dan 1 sudu kecil hirisan kulit limau.
2. Kisar sampai semua sebati. Sedap dihidang sejuk.
4. Black Forest Protein Shake

Kalau ada rasa penat atau berlaku keradangan sedikit (kulit merah-merah) selepas workout, dicadangkan minum Black Forest Protein Shake sebab ia kaya dengan antioksidan buah cherry.
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa coklat, 1 cawan susu soya tanpa pemanis, 1 buah pisang, 1 cawan kecildark sweet cherries dan 3-5 kiub ais.
2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk.
5. Limau Nipis Protein Shake

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1 biji pisang, 1 sudu besar jus limau nipis, sedikit hirisan limau nipis, 1/2 sudu kecil sirap maple, dan 1 cawan kiub ais.
2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian tambah 1 sudu besar yogurt Greek tanpa lemak dan 1 sudu besar biskut yang dihancurkan di atas minuman ini.
6. Shake Betik Halia

Nak pergi gim tapi perut rasa tak sedap? Shake Betik Halia ini mungkin sesuai untuk anda kurangkan rasa sakit perut itu. Tengoklah bahan-bahan yang digunakan untuk lawan sakit itu. Berkhasiat!
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 1 1/2 cawan potongan betik, 1 cawan ais, 1/2 cawan yogurt Greek tanpa lemak, 2 sudu kecil hirisan halian, 1 sudu kecil jus lemon, 1 sudu kecil madu, dan 1 daun pudina.
2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian hias dengan daun mint dan taburkan dengan sedikit serbuk whey protein perisa vanilla.
7. Oat Pisang Protein Shake

Tengok nama pun dah boleh rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ia boleh mengelakkan otot kejang dan mengawal gula darah. Baik untuk jantung juga.
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu serbuk whey protein perisa vanilla, 2 sudu besar rolled oats, 2 biji pisang, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air sejuk, 1 sudu kecil madu, 1/4 sudu kecil kayu manis dan 4 kiub ais.
2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2016 04:54 PM | Show all posts
Thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:54 PM | Show all posts
Thanks for the info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061953 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list