oleh Adib Za
Tadaa!!! Istimewa untuk mereka yang 'hantu' dengan buah mangga, bolehlah nanti berkunjung ke Mango Aloha yang bertempat di Mid Valley.
Bayangkan menu di sini semuanya berasaskan buah mangga. Terdapat pelbagai jenis manisan seperti pulut mangga, aiskrim mangga, puding mangga, sago mangga dan pelbagai lagi. Dari segi harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM8.50.
Pasti membuatkan anda kecur air liur, terbayang kemanisan dan rasa lemak buah mangga kan! Sesuailah bagi anda yang mengidam manisan dan pencuci mulut enak-enak.
Nah, sebelum ini boleh layan gambar menu yang terdapat di Mango Aloha ini. - CARI
Mango Aloha
Lokasi: FK.12, First Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur
Operasi: 9:30am ke 10pm |