Bunga chandelier adalah idea hiasan cantik untuk majlis perkahwinan hari ini. Jika bunga chandelier adalah pilihan untuk perkahwinan anda, ia akan menjanjikan kecantikkan di siling dan juga membantu ruang kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Maka, untuk topik hari ini anda akan mempelajari bagaimana untuk membuat dengan sendiri bunga chandelier.
Barang yang perlu ada: - Bunga plastik.
- Tapak dawai chandelier.
- Gunting bunga.
- Tape bunga.
- Tali.
Cara-caranya: - Mulakan dengan memotong dan asingkan daun dan bunga plastik. Ini kerana, daun anda akan dijadikan sebagai asas kepada bunga chandelier ini.
- Seterusnya, dengan mengisi daun-daun anda disekeliling tapak dawai chandelier sehingga penuh dengan menggunakan tape bunga.
- Anda juga boleh menambah beberapa 'heather bush' untuk mewujudkan hiasan tergantung.
- Kemudian, tambahkan dengan hiasan bunga plastik dengan menggunakan tape bunga.
- Selain itu, anda juga boleh manambahkan bunga chandelier anda dengan menggunakan jaluran kristal untuk menampakkan lagi seri bunga chandelier anda.
- Selepas selesai hiasan daun dan bunga plastik, anda perlu gantungkan bunga chandelier anda dengan menggunakan tali dalam bentuk segi tiga supaya bunga chandelier anda di gantung dengan rata.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|