oleh Adib Za
Anda mencari pencuci mulut yang sejuk, segar dan menghilangkan dahaga? Sesuailah ketika cuaca yang panas sekarang ini.
Jom cuba ABC versi Jepun yang satu ini. Pasti membuatkan anda teruja dan juga puas. Datang saja ke Kakigori Japanese Shaved Ice Cafe yang terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya.
Memang menunya mengingatkan anda dengan ABC yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia dihidangkan dengan pilihan makanan dan buah-buahan yang segar sahaja!
Ingat ya, kelebihan di sini, ia tidak menggunakan perasa atau warna artificial. Terdapat 10 perasa yang anda boleh pilih seperti Uji Matcha, Apam Balik, Tiramisu, Avocado, Watermelon dan sebagainya.
Harga pula yang ditawarkan adalah antara RM14 hingga RM17. Kafe ini berkonsepkan self service atau layan diri. Pesan dan bayar di kaunter, kemudian ambil sendiri menu yang dipesan.
Apa pun, satu menu pencuci mulut yang sangat berbaloi dicuba! - CARI
Sumber foto: FB Nak Makan Mana
Alamat:
Kakigori Japanese Shaved Ice Cafe
25, Jalan 20/13, Taman Paramount,
46300 Petaling Jaya, Malaysia. |