CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 0

Checklist Membeli Baju Pengantin

[Copy link]
Post time 4-10-2016 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Anda ingin mencari baju perkahwinan yang sempurna dan juga ingin mendapatkan fitting dengan sempurna, tetapi anda kelihatan ia agak mustahil dan terdapat halangan terbesar dalam proses untuk merancang baju perkahwinan. Maka, bertuah untuk anda kerana kami telah menyediakan senarai semak pakaian perkahwinan yang merangkumi setiap tugas yang berkaitan dengan baju kahwin perempuan.

Dapatkan inspirasi
Keseronokkan tentang pertunangan mulai turun, dimana anda berada sepenuhnya dalam mood perancangan baju perkahwinan dan anda mahu untuk membeli-belah baju perkahwinan seperti sekarang. Tetapi, jika anda mempunyai masa sekurang-kurangnya satahun sebelum majlis perkahwinan anda, kami menggalakkan anda untuk melambatkan sedikit dan mencari inspirasi tentang baju kahwin. Anda boleh mencari inspirasi dalam majalah atau mana-mana bahan online untuk mencari baju perkahwinan cantik yang sesuai dengan tempat dan tema anda. Maka, cari dan senaraikan pilihan baju anda sekarang untuk membantu proses membeli-belah kemudia.

Mencari baju pengantin anda
Jika masa anda membenarkan, anda boleh mula mencari pakaian kira-kira 10 bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Ini kerana, untuk membantu anda mencari baju perkahwinan yang anda betul-betul inginkan. Tetapi anda perlu ingat bahawa jika anda ingin pergi kemana-mana butik pengantin, anda perlu membuat temu janji untuk mencuba baju pengantin.

Perlukan tempahan? tempah sekarang
Jika anda inginkan baju pengantin sendiri, maka anda perlu membuat tempahan secepat mungkin pada tukang jahit yang boleh membuat baju perkahwinan anda. Ini kerana, untuk menyiapkan sepasang baju pengantin ia boleh mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk menyempurnakan.

Mencari aksesori
Anda harus mencari aksesori seperti kasut atau apa-apa aksesori yang anda inginkan untuk dipadankan pada baju pengantin sekurang-kurangnya dua bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Ini kerana, anda perlu memakainya untuk hari pertama waktu fitting baju anda.

Lakukan fittings baju pengantin
Pada kira-kira enam minggu sebelum majlis perkahwinan anda, ia adalah masa yang sesuai untuk anda lakukan fitting pertama. Dimana anda akan dapat untuk membuat apa-apa perubahan kecil pada pakaian seperti perubahan pada garis leher anda dan lain-lain.

Lakukan fitting kali kedua
Jadualkan minggu ke empat anda dengan lakukan fitting kedua. Selain itu, anda juga harus memilih tudung anda, barang kemas dan aksesori lain.

Lakukan fitting yang terakhir
Dua minggu sebelum perkahwinan anda, anda harus melakukan fitting yang terakhir. Ini adalah peluang terakhir anda untuk melakukan apa-apa perubahan pada baju pengantin anda.

Bawa ia pulang
Dengan tinggal beberapa hari untuk tiba majlis perkahwinan anda, anda harus pastikan anda sudah mengambil baju perkahwinan anda. Semasa mengambil baju perkahwinan anda, anda pastikan anda cuba sebelum meninggalkan butik untuk memastikan pakaian anda sesuai.

Bersedia
Pada malam sebelum majlis perkahwinan anda, anda harus sediakan kit kecemasan untuk hari majlis anda. Jangan lupa pada fesyen tape, pin baju, jarum dan benang yang sepadan dengan pakaian anda. Ini adalah sebagai persediaan jika apa-apa berlaku pada baju pengantin anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list