CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 2

The Zica Trail ...

[Copy link]
Post time 4-10-2016 10:13 PM | Show all posts |Read mode
Menjejaki dan mengkaji laluan virus zika
AZRI ADZHAR |  04 Oktober 2016




ATLET paralimpik, Abdul Latif Romly, menunjukkan pingat kemenangan Sukan Paralimpik Rio 2016 semasa menjalani ujian saringan virus zika setelah tiba dari Brazil di Kompleks Sukan Paralimpik, Kuala Lumpur pada 22 September lalu. GAMBAR HIASAN/UTUSAN



SEJAK 27 Ogos lalu, wabak zika di Singapura merebak dengan pantas mencecah hampir 400 kes dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Enam belas daripadanya melibatkan wanita hamil dan meletakkan mereka dalam kumpulan berisiko penyakit ‘abnormal’ kerana zika dikaitkan dengan kecacatan kelahiran; mikrosefali – kecacatan otak yang membuatkan kepala menjadi kecil.


Pakar-pakar kesihatan telah mencuba menjejaki penyakit ini di beberapa negara selepas gelombang wabak di Brazil 2015, dan selepas selesainya Piala Dunia FIFA 2014 kerana ia juga adalah pe-nyakit jangkitan berkaitan dengan perjalanan dan pelancongan, walaupun nyamuk juga antara satu lagi faktor penting sebagai pembawa daripada orang (pesakit) ke orang. Demikian juga, Olimpik dan Paralimpik 2016, di Rio de Jeneiro baharu saja tamat, beribu-ribu manusia dari pelosok dunia datang bertandang dan pulang.


Dalangnya, nyamuk aedes aegypti dan `sebangsa’ dengannya, A. albopictus berselerakan di negara-negara yang digariskan oleh Khatulistiwa dan di peta kelihatan sebagai negara-negara yang ‘diwarnakan merah’ bagi zika.
Berdasarkan kajian dan analisis perjalanan dan pergerakan manusia, perubahan cuaca dan habitat nyamuk di negara ber-kenaan, dianggarkan lebih 2.6 bi-lion penduduk tinggal di Asia dan Afrika berisiko berjangkit. Negara yang dikatakan mudah rentan ter-masuk India, China, Filipina, Indonesia, Nigeria, Vietnam, Pakis-tan dan Bangladesh.



Kajian itu mungkin gambaran keterlaluan kerana belum ada kepastian yang zika telah pun wujud di setengah-setengah negara tersebut yang membuatkan penduduknya mempunyai imuniti. Malah ada bukti dari kajian terbaru Journal Immunology Infection, menunjukkan orang yang dijangkiti virus denggi atau chikungunya mampu memberikan imuniti melintang kepada jangkitan zika.

Lebih 80 peratus orang yang dijangkiti zika tidak pernah me-nunjukkan penyakit dan jika sakit pun, simptomnya ringan dan tidak seberapa atau terkeliru di sebalik simptom denggi. Jadi, sistem survelan yang dijalankan sebelum ini telah terlepas pandang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2016 10:14 PM | Show all posts
Namun, apabila ia dikaitkan de-ngan komplikasi mikrosefali, sindrom Guillain-Barre (GBS), sejenis jangkitan sistem saraf yang mengakibatkan keletihan dan separa lumpuh, atau radang mata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari 2016 telah mengisytiharkan zika sebagai ‘kecemasan kesihatan awam berkepentingan global’.
Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan peringatan perjalanan kepada wanita hamil kepada 11 negara-negara Asia Tenggara, sehari sebelum Thailand mengesahkan kes mikrosefali Asia. Beberapa negara lain sebelum ini telah me-ningkatkan saringan kesihatan di pintu-pintu masuk negara. Setakat ini dilaporkan di 70 buah negara, termasuk Florida, As dengan 1.5 juta orang positif.
Kemudian, pada masa yang hampir sama, virus zika melanda Malaysia. Sebanyak enam kes direkodkan. Kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan pada 28 Ogos lalu melaporkan sebanyak 784 contoh darah pesakit yang menunjukkan gejala seakan zika didapati negatif kepada antibodi zika. Daripada dua insiden awal yang positif, virus zika dikenal pasti dari keturunan Asia, sama seperti di Singapura dan yang berlaku pada insiden 2013 di Kepulauan Pasifik Polinesia.


Leluhur virus ini pernah di-asingkan di Bentong, Pahang pada 1966 dan zika bukanlah asing bagi Asia Tenggara sejak 1950an lagi, iaitu cuma sekitar 10 tahun dari kali pertama virus ini dikesan di Uganda (1947) tetapi strain virus yang berlegar pada tahun 60-an tidak menyebabkan jangkitan yang berleluasa, wabak yang dapat dikesan atau kecacatan kelahiran.


Berbanding Thailand, pening-katan jangkitan zika dari purata lima kes setahun sejak 2012 hingga 2015, melonjak kepada 97 kes pada enam bulan pertama 2016 dan bertaburan di 10 wilayah yang luas. Antara sebabnya ada-lah pe-ningkatan kesedaran awam tentang zika, peningkatan ke-mam-puan sistem diagnosis dan pemantauan penyakit yang berkesan dan tiada kes komplikasi se-perti mikrosefali dan GBS yang dikaitkan dengan zika dilaporkan setakat ini.



Terbaharu, sebanyak 394 kes dilaporkan dan pada 30 September dengan dua insiden mikrosefali, kes pertama seumpamanya di Asia. Walaupun insiden mikrosefali zika di Thailand adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan sebanyak 3.4 per 1,000 bayi yang dilahirkan mikrosefali adalah di-sebabkan angkara bukan zika -seperti sindrom down, jangkitan ketika mengan-dung seperti german measle dan chicken pox.


Seramai 36 wanita hamil positif zika di Thailand, dua di Malaysia dan 16 di Singapura sedang dipantau. Angka ini mungkin berubah apabila survelans dipertingkatkan. Kajian terbaru, ancaman kesihatan global The Lancet, menunjukkan kebarangkalian wanita hamil disahkan zika untuk keguguran atau kelahiran dengan kematian bayi adalah sebanyak enam peratus, bayi yang terselamat pula berisiko 13 peratus untuk mendapat mikrosefali. Komplikasi lain seperti sistem saraf, penglihatan dan pende-ngaran juga telah mulai dikaitkan dengan anak-anak yang dilahirkan dari ibu yang dijangkiti.


Dr. Abraham Goorhuis dari Uni-versity of Amsterdam, berpendapat kesan zika akan bergantung kepada sama ada orang itu sebelum ini pernah terdedah kepada jangkitan virus itu. Hal ini belum diketahui lagi, jadi tidak pasti sama ada wujud imuniti. Kewujudan imuniti boleh membantutkan serangan berikutnya. Sekiranya virus ini berlegar di Asia, maka kemungkinan risiko jangkitan tidaklah seteruk yang dijangkakan.


Satu persoalan besar adalah sama ada orang yang telah terdedah kepada zika strain Asia mungkin ‘terselamat’ apabila strain versi berlainan sedikit, strain Afrika itu menular. Tidaklah pasti sejauh mana strain asal 1947 zika yang dijumpai di Afrika telah merebak di luar benua itu. Mungkin juga zika akan pudar selepas kira-kira setahun, seperti apa yang terjadi de-ngan virus Chikungunya.
Lain pula pendapat Ben Neuman, ahli virologi di University of Reading, United Kingdom, mengatakan penyebaran penyakit bukan setakat oleh orang yang mengembara tetapi apabila virus itu mulai merebak oleh nya-muk tempatan, ia akan menapak dalam haiwan dan juga manusia. ‘Perjangkitan limpahan’ ini akan menjadi sangat sukar untuk dibasmi.


DR. AZRI ADZHAR ialah bekas Pengarah Veterinar Negeri Kelantan yang mempunyai kemahiran dalam bidang epidemiologi dan penyiasatan penyakit haiwan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.g8bAVPzM.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 04:11 PM | Show all posts
Good posting  MBH. moga semua sedr tentang Zika ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071573 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list