View: 2795|Reply: 9
|
5 DIY Resipi Masker Pisang, Untuk Kulit Gebu Bak Marshmallow
[Copy link]
|
|
Pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja mahupun dijadikan bahan kuih-muih. Malahan, pisang merupakan bahan semula jadi yang bagus untuk kecantikan. Tahukah anda, pisang juga boleh dijadikan sebagai masker? Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapatkan produk kecantikan dengan mudah.
Kulit pisang juga banyak manfaatnya, namun kebanyakan orang tidak sedar akan kebaikan kulit pisang. Ia mangandungi vitamin, mineral, karbohidrat, lemak, protein serta serat yang tinggi baik untuk rawatan wajah. Kulit pisang juga mampu memutihkan kulit selain merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kutil, serta muka berkedut. Anda hanya perlu gosok bagian dalam kulit pisang ke kawasan bermasalah dan lihat hasilnya dalam masa beberapa hari. Pastikan anda memilih kulit pisang yang bersih dan masih segar.
Dengan menggunakan pisang, anda boleh menghasilkan masker wajah untuk:
1. Muka berjerawat
Bahan: Pisang, madu dan lemon.
- Campurkan satu sudu besar pisang yang sudah dihancurkan dengan satu sudu madu serta satu sudu lemon
- Sapukan masker pada wajah dan leher. Biarkan selama 20-25 minit sebelum dibilas dengan air biasa.
2. Muka Berminyak
Bahan: Pisang, Lemon dan Susu.
- Dalam mangkuk, campurkan pisang, dua sudu besar susu dan satu sudu besar jus lemon.
- Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 25-30 minit.
- Bilas wajah secara menyeluruh dengan air suam.
3. Kulit Kering
Bahan: Pisang, kuning telur dan yogurt
- Hancurkan pisang, kuning telur dan satu sudu yogurt sehingga teksturnya kental.
- Sapu campuran pada wajah atau leher dan biar selama 15 minit
- Jika masker sudah kering, bilas dengan air suam sehingga bersih.
4. Mencerahkan Wajah
Bahan: Pisang dan oat
- Hancurkan pisang sampai halus, kemudian tambahkan oat secukupnya.
- Kacau rata pisang dan oat
- Sapu pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam.
5. Menghalus dan Menegangkan Kulit
Sumber foto: Carian Google
- Bahan: Pisang dan madu
- Hancurkan pisang sampai halus dan tambahkan satu sudu madu, kacau rata.
- Sapu masker pada wajah dan biarkan sampai ia mengering.
- Bilas dengan air suam sebelum dibilas dengan air sejuk.
Demikianlah kebaikan masker pisang dan cara membuatnya. Jika anda kerap menggunakan masker pisang secara teratur, anda akan mendapatkan kulit yang cantik dan mempesonakan. Bagaimana? Anda berminat untuk mencuba masker pisang ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dari buat mask baik bancuh jadi cekodok. sedap dinikmati di kala petang hari. nyummylicious.
|
|
|
|
|
|
|
|
susu pekat ke susu mcm dutchlady tu???? |
|
|
|
|
|
|
|
byk guna oat ni.. boleh juga guna oat yg tak terusik kt rumah nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang lalu....
Nak pakai mask semudah 1 2 3
face mask dari korea...
berminat boleh whatsapp alia 018 979 6095 |
|
|
|
|
|
|
|
sape muka berminyak, leh amailk buh oat. mmg terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kulit pisang pun boleh hilangkan parut kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kalau too much boleh jd getah buat parut jerawat especially jd hitam2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu buat masker pisang dengan oat but now dah malas dengan adanya mask dari innisfree |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...:tak tahan sungguh 'bak marshmallow'... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|