View: 2383|Reply: 10
|
Minyak Terpakai, Patut Dibuang Terus Atau Masih Boleh Digunakan?
[Copy link]
|
|
Apa akan jadi jika anda menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng berulang kali? Pendek kata, nak jimat punya pasal, sanggup menggunakan minyak yang sama sehingga hitam pun ada!
Masalah yang terjadi pastinya melibatkan kesihatan badan. Ini kerana kajian mendapati minyak yang diguna berulang kali menyebabkan kehadiran radikal bebas.
Bahanyanya radikal bebas ini bila ia akan bergabung dengan sel yang sihat dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit.
Ini termasuklah peningkatan kolestrol jahat dalam saluran darah, sakit jantung dan tak terkecuali kanser!
Berikut merupakan antara kesan sampingan lain menggunakan minyak terpakai:
1. Asid dalam badan
2. Sakit jantung
3. Alzheimer dan Parkinson
4. Sakit tekak
Jadi, persoalannya berapa kali sahaja minyak yang sama boleh digunakan?
Pakar nutrisi Priya Kathpal berkata, tiada angka tertentu untuk memastikan minyak itu boleh digunakan berulang kali. Ini kerana ia bergantung kepada jenis minyak, berapa lama ia dipanaskan, adakah ia digunakan untuk gorengan sedikit atau bagaimana, jenis makanan yang digoreng dan sebagainya.
Walaupun menggunakan minyak baharu setiap kali adalah sangat baik, namun ia dilihat kurang praktikal. Ini bermaksud, minyak masih boleh digunakan berulang kali namun haruslah berpada-pada.
Priya memberi tips untuk anda yang ingin menyimpan dan menggunakan minyak terpakai:
Foto: Carian google
1. Pastikan minyak benar-benar telah sejuk dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup rapat. Cara ini akan mengasingkan sisa makanan daripada minyak dengan lebih berkesan.
2. Pastikan minyak yang diguna semula tidak berwarna gelap dan tesktur yang pekat. Jika ia telah berwarna gelap dan menjadi pekat, merupakan petanda minyak tersebut harus dibuang.
3. Jika minyak yang dipanaskan mengeluarkan asap dengan banyak lebih daripada biasa, hentikan segera penggunaannya. Ia mungkin telah mengandungi toksin yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, penyakit hati dan sebagainya.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nombor 3 tu sangat membantu. Terima kasih info |
|
|
|
|
|
|
|
yg elok lepas goreng ayam , ikan terus buang , guna sekali je . to yg saya da malas nak menggoreng , bakar je guna oven |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang x gunakan lagi minyak masak lps goreng ayam..ikan.. memang mcm sayang tapi nak buat camane x elok dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dibuang je unt elak penyakit kemudian hari |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali guna je tak pernah nak ulang guna, apa pun tq atas tips yg diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai minyak
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut kata prof uk nie,olive oil is the best utk frying.tapi mahal la.even sunflower oil pun dia kata tak healthy utk frying sebab akan hasilkan banyak aldehydes yg bolh sebabkan kanser.
http://www.bbc.co.uk/news/magazine-33675975 |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info! Thank you TT for sharing. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|