Umum maklum bahawa kebanyakan lelaki kurang berkomunikasi berbanding wanita. Namun, kebanyakan wanita sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik pesanan ringkas yang dihantar anda terutama jika Si Dia menganggap anda sebagai 'crush' mereka.
Sumber foto: www.huffingtonpost.com
Kadang-kadang pening kepala wanita memikirkan maksud mesej anda. Betulkah ada maksud tersembunyi di sebalik mesej yang anda hantar?
1. Balas mesej dengan ayat pendek atau beberapa perkataan sahaja
Maksudnya: Anda sedang sibuk atau sedang tiada 'mood' untuk berbalas mesej. ATAU anda sedang bagi 'hint' bahawa anda tiada perasaan terhadap si dia.
2. Beri ucapan selamat pagi atau selamat malam
Maksudnya: Anda mempunyai perasaan terhadap si dia kerana si dia adalah perkara pertama dan terakhir yang bermain di fikiran anda sebelum anda tidur dan selepas bangun tidur.
3. Lambat balas mesej atau tak balas langsung
Maksudnya: Anda sememangnya langsung tiada perasaan terhadap si dia. Ya la, kalau anda pun sukakan si dia, sesibuk mana pun anda, anda pasti akan cari masa untuk mesej dia kan?
4. Hantar emoji
Maksudnya: Anda sedang memikat si dia, betulkah?
5. "Hahaha"
Maksudnya: Apa yang disampaikan si dia sebenarnya tak kelakar mana pun. Walaupun anda beri mesej menunjukkan anda sedang ketawa, tak bermakna anda berasa kelakar dan sedang ketawa.
Anda juga sering membalas dengan perkataan yang sama seperti ketawa berulang kali. Adakah ini bermaksud anda bosan dengan si dia dan tiada topik yang mahu dibincangkan, tetapi balas juga mesej dia kerana berasa kesian?
6. Minta gambar atau video
Yang ini bahaya! Wanita tak tahu apa tujuan sebenar anda meminta gambar atau video daripadanya. Adakah anda sedang rindukannya atau ada 'mi di sebalik udang'?
Sumber fot: distractify.com
Apa kata pihak lelaki? Cuba perjelaskan dalam bahasa yang mudah supaya wanita faham dan jelas dengan maksud sebenar yang anda cuba sampaikan. - CARI |