Boleh dikatakan hampir semua orang pada zaman sekarang mempunyai tabiat melihat telefon pintar sebelum tidur, tidak kiralah samada berbalas mesej dengan keluarga dan rakan atau memeriksa akaun media sosial masing-masing.
Namun sebenarnya tabiat ini adalah sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan buta sementara akibat terlalu kerap menggunakan gajet dalam ruangan yang gelap.
Foto: Huffingtonpost.com
Sebuah kajian dari The New England Journal of Medicine, cahaya terang dari telefon mensabotaj penglihatan mata kita.
Terdapat banyak kes pesakit yang kehilangan penglihatan di mata sebelah kanan akibat perbuatan ini. Ada juga yang kehilangan penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun tidur di pagi hari.
Dari kes ini, para pengkaji telah membuat kajian dan punca kedua-duanya berlaku adalah akibat tabiat mereka yang menatap telefon bimbit sambil berbaring sebelum melelapkan mata di malam hari.
Foto: dailymail.co.uk
Ini terjadi ketika berbaring sambil melihat telefon, anda cenderung melihat dengan satu mata sementara sebelah mata pula tertutup dengan bantal.
Tidak sangka perbuatan yang kita lakukan setiap hari boleh menyebabkan kecederaan teruk pada mata. Jadi mulai saat ini, cuba kurangkan melihat telefon sebelum tidur ya. -CARI
Kalau nak tengok, pastikan buka lampu.Bapa saudara aku rosak mata sebelah dia gara2 main hp dalam gelap. Dia cakap masa dia tengah main tu tiba2 pandangan dia gelap sekejap.
Sekarang mata sebelah dia dah ada masalah dah. Nak kena pergi check mata.
Post time 30-12-2016 04:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
qronaldo7 replied at 27-12-2016 10:58 AM
amboi.. nmpk beno selalu wat tu sis
Slalu takleh tido hadap hp dlu malam2. Tp dah malas nak bgn tutup lampu. Pasni tanak buat dah la. Biar laki aku tido dlm lampu terang terbukak asal mata aku tak rosak