Amat susah bagi perokok tegar untuk meninggalkan tabiat merokok mereka. Merokok bukan sahaja merosakkan kesihatan perokok, malah ia juga memberi kesan kepada orang di sekeliling mereka.
Sumber foto: MedicMagic.Net
Perhatian kepada anda yang sudah atau dalam usaha untuk berhenti merokok, adalah penting untuk anda membersihkan paru-paru anda. Anda bertuah kerana terdapat satu minuman yang boleh membantu dalam membersihkan toksin yang terkumpul di dalam paru-paru anda.
Mahu tahu apa ramuannya? Jom lihat!
Bahan:
1. 2 sudu besar serbuk kunyit
2. 400 gram bawang besar
3. 1 inci halia
4. 400 gram sirap mapel, madu atau pemanis semula jadi
5. 1 liter air putih
Caranya:
1. Gaul sebati pemanis dan air, kemudian panaskan sehingga mendidih
Sumber foto: http://www.tapoos.com
2. Cincang bawang dan halia - masukkan ke dalam air tadi
3. Perlahankan api dan masukkan serbuk kunyit - biar didih
4. Tunggu sehingga hampir separuh campuran tadi tersejat sebelum matikan api
5. Tapis air campuran itu ke dalam cawan
6. Tunggu sehingga sejuk atau suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Disarankan untuk mengambil dua sudu minuman detoks ini setiap hari iaitu pada waktu pagi dan malam. Bukan dua jam selepas makan, tau!
Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berubah lah sekarang sebelum terlambat. Anda mampu lakukannya! - CARI |