CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1767|Reply: 12

Iklan Kung Fu TNB Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Memang ‘Win’, Bawa Mesej Pe

[Copy link]
Post time 18-1-2017 02:16 PM | Show all posts |Read mode


“Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Itulah keindahan berada di sisi keluarga.” Demikian mesej yang disampaikan Tenaga Nasional berhad (TNB) menerusi iklan menarik sempena sambutan Tahun Baharu Cina, akan datang.

Berbeza dengan iklan-iklan sebelum ini, mesej yang cuba disampaikan TNB kali ini begitu unik apabila menggunakan tema filem lama China berkonsepkan Kung Fu seperti ala-ala filem Stephen Chow.

Iklan berdurasi dua minit yang dihasilkan oleh produksi Reservoir, dengan kerjasama Leo Burnett - Arc Worldwide - Alpha 245 (Malaysia) bertajuk ‘Hidangan Teragung’ sehingga kini ditonton lebih 472,000 kali dan dikongsi 8,340 pengguna Facebook, selepas lebih kurang 16 jam di muat naik di laman Facebook TNB.

Klip video yang diarahkan oleh Quek Shio Chuan, berkisarkan tentang usaha tiga puteri cuba menarik perhatian dan menawan hati ibu mertua mereka, seorang Ratu, yang dikenali sebagai The Dragon Lady.



Mengambarkan watak ibu mertua sebagai seorang yang garang dan cerewet, ketiga-tiga puteri terbabit berdepan dengan cabaran yang sukar dalam usaha untuk menambat hati Ratu bagi menghidangkan juadah yang terbaik sempena makan besar malam Tahun Baharu Cina.


Selepas diberikan cabaran, ketiga-tiga puteri masing-masing memilih untuk memasak udang karang, yang mengambarkan ia sedap jika dimakan beramai-ramai; kulat (bagus untuk tenaga); dan ayam sempena Tahun Ayam bagi sambutan Tahun Baharu Cina, kali ini.

Dengan teknik dan kemahiran Kung Fu yang menakjubkan ketika ketiga-tiga puteri itu menyiapkan hidangan, akhirnya cabaran tersebut dapat disempurnakan oleh mereka dan tiba masa untuk menghidangkan juadah berkenaan kepada ibu mertua.
Selepas berhempas pulas dan memerah keringat, ketiga-tiga puteri nyata terkejut apabila hidangan mereka tidak berjaya menambat hati ibu mertua mereka


“Apa semua ini? Tak kena langsung dengan selera saya,” jerit wanita itu.


Bagaimanapun, si suami kepada Ratu, Raja menjadi penyelamat apabila memberi ‘keajaiban’ menerusi sentuhan terakhir dengan mencampurkan ketiga-tiga hidangan tadi bersama, sekaligus menyebabkan The Dragon Lady amat teruja dengan keenakannya.


“Apabila ia dibuat bersama, segalanya akan lebih bermakna,” demikian mesej pada penghujung video tersebut.

Sumber - MD



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 02:20 PM | Show all posts
baru trnogk kat fb tadik, yg sorang tu masak ikut utube yg lg 2 org tu beria2 masak guna teknik kungfu blh keluar api bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha...lawak betul,happy chinese new year,
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:11 PM | Show all posts
in the end .. laki dia yg jadi hero...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:37 PM | Show all posts
boleh laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:43 PM | Show all posts
waaaa.. best iklan ni. tgelak2 ak tgk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mmmm... harap I tak jd la mak mertua cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 05:27 PM | Show all posts
not bad.. klaka tgk iklan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 05:30 PM | Show all posts
Menarik seronok tengok iklan time musim perayaan cam ni tiap tahun ada je kelainannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan dgn TNB?  Akak x faham lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pon tak faham!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:25 AM | Show all posts
Seronok sangat kalau semua bangsa bersatu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 06:33 AM | Show all posts
tgk separuh. penuh dgn ciri2 cina kat Tanah Besar China. langsung xde ciri2 keMalaysiaan. sorry to say,TNB sykt Malaysia,bkn China Power Energy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070068 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list