View: 2717|Reply: 5
|
Etika Menghadiri Majlis Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Apabila anda menerima undangan untuk ke majlis perkahwinan, pastinya bermain di fikiran anda baju yang sesuai untuk dipakai ketika majlis tersebut. Lagi-lagi jika sahabat baik anda atau ahli keluarga anda yang bakal berkahwin, anda mesti sudah merancang pemilihan baju beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis perkahwinan. Untuk menghadiri majlis perkahwinan, ianya turut ada beberapa etika yang perlu anda ketahui. - anda perlulah memakai baju yang sesuai apabila menghadiri sesuatu majlis perkahwinan. Bagi lelaki, pakailah baju traditional ataupun kemeja atau tshirt yang berkolar di samping seluar slack. Janganlah anda memakai tshirt tanpa kolar kerana ianya nampak kurang sesuai untuk menghadiri majlis perkahwinan. Untuk kaum wanita pula, anda juga harulah memakai baju yang sopan kerana majlis tersebut dihadiri oleh ramai tetamu dari pelbagai peringkat umur.
- ketika anda sampai di majlis perkahwinan, bersalam lah dengan orang yang berada di bahagian pintu masuk dan memperkenalkan diri anda. Kebiasaannya orang yang berada di pintu masuk adalah ahli keluarga pengantin.
- sekalipun anda sedang lapar, anda haruslah beratur dan sabar ketika mengambil makanan untuk menghormati tetamu lain yang sedang mengambil makanan.
- elakkan ketawa terbahak-bahak bersama dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. Hormati juga tetamu-tetamu lain yang hadir.
- anda juga dinasihatkan agar tidak memakai warna baju yang sama seperti pengantin. Pakailah mengikut warna tema bagi majlis perkahwinan tersebut.
- untuk wanita, janganlah berhias sampai orang lain tidak dapat membezakan antara pengantin dengan tetamu.
- apabila anda ingin berangkat pulang,jumpalah dengan keluarga pengantin terlebih dahulu dan bersalaman. Ucapkanlah terima kasih kerana telah menjemput anda menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|
|
|
|
|
|
|
|
...paling tak sesuai menghadiri majlis perkahwinan jika pakai jeans lusuh dan tshirt atau jersi bola..... |
|
|
|
|
|
|
|
I teringat kawan i dulu attend wedding of our friend pakai short dress. Sebabnya lepas wedding tu sheols kata nak terus pergi shopping mall |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi trend pulak perempuan pergi wedding sekarang pakai jeans n blouse or shirt.pd aku kalau attend wedding tetap kena pakai baju tradisional dan rasanya lebih sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
generasi sekarang banyak dah lupa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|