Selalu makan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi, kali ini apa kata cuba resipi berasaskan sayuran tetapi dijamin sedap!
Pernah dengar sajian kubis gulung tak? Intinya boleh dibuat daripada campuran sayur, ayam, daging, udang, atau apa sahaja yang anda inginkan. Macam mana nak buat? Jom tengok!
Foto: http://resipiibundo.blogspot.my
Bahan untuk seorang makan:
1 keping dada ayam
2 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
1 kelopak kubis
Caranya:
1. Nipiskan dada ayam dan diketuk leper (nak cincang/hancurkan pun boleh)
2. Perap dengan sedikit lada hitam, virgin olive oil dan garam
3. Potong kacang panjang lebih kurang sepanjang 3 inci
4. Potong lobak merah lebih kurang sepanjang 3 inci dan dibelah halus memanjang
5. Buang batang kubis dan daunnya direbus dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Angkat kubis bila sudah layu
6. Letak ayam di atas kubis, susun kacang panjang dan lobak di atasnya. (boleh letak sayuran lain seperti asparagus). Kemudian gulung ketat dan kukus sehingga ayam masak.
Foto: http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan Sos (boleh guna sos cili biasa):
2 sudu virgin olive oil
1 sudu kecil tepung gandum
Cara membuatnya:
1. Panaskan virgin olive oil dan masukkan tepung gandum. Kacau selalu.
2. Masukkan sedikit stok ayam dan daun parsli. (Masukkan sedikit saja air sekiranya kuah kering).
3. Apabila ayam masak, susun dalam pinggan dan tuang kuah di atasnya. Siap dihidang!
Series nampak menyelerakan! Rugi tak cuba tau. Bukan sahaja sedap, ia juga merupakan makanan sihat. Apa lagi? Cubalah! - CARI
Kredit resipi: Dapur Ibundo |